Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2019
01 November 2019 hingga 13 November 2019
117) PELANCONGAN DI KLANG
Tahun: 2019
Sesi: 3
Isu: Pelancongan
Adun: Y.B. Tuan Mohd Fakhrulrazi Bin Mohd Mokhtar
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Adakah Kerajaan Negeri berhasrat untuk menaik taraf Gedung Raja Abdullah dan kawasan sekitar sebagai kawasan pelancongan?
Gedung Raja Abdullah merupakan sebuah bangunan dua tingkat bercirikan senibina Inggeris dan telah dibina oleh Raja Abdullah di Pekan Batu Klang tebing Sungai Klang pada tahun 1856 sebagai tempat kediaman dan menyimpan bijih timah. Raja Abdullah merupakan wakil Sultan yang diperintahkan mengutip hasil dan memperdagangkan bijih timah yang dihasilkan di Lembah Klang. Pada tahun 1866, Gedung Raja Abdullah dijadikan sebagai kubu pertahanan orang-orang Bugis dari serangan Raja Mahadi yang berkubu di Kota Raja Mahadi tidak jauh dari kawasan ini (perkarangan bangunan Majlis Perbandaran Klang sekarang) semasa berlakunya Perang Saudara (Perang Klang pada tahun 1867 hingga 1873). Majlis Mesyuarat Negeri (Dewan Undangan Negeri) ditubuhkan oleh Sultan Abdul Samad berdasarkan kaedah Barat dan mengikut panduan Bloomfield Douglas iaitu Residen Inggeris di Selangor. Persidangan pertama diadakan diruang tingkat atas Gedung Raja Abdullah, Klang.
Pada bulan Mac 1880, pentadbiran British di Selangor telah berpindah dari Klang ke Kuala Lumpur. Perpindahan tersebut menjadikan pengurusan bangunan Gedung Raja Abdullah diambil oleh pihak polis untuk dijadikan Ibu Pejabat Polis Daerah Klang. Selepas 100 tahun (1880-1980), Gedung Raja Abdullah dikosongkan oleh pihak polis dan berpindah ke bangunan berek dan pejabat yang baru siap dibina dibahagian belakang Gedung ini.
Pada tahun 1984, Jabatan Muzium dan Antikuiti Malaysia pernah membuat kerja-kerja konservasi pada bangunan ini dan diteruskan oleh Jabatan Warisan Negara pada tahun 2008. Terkini, Kerajaan Negeri melalui Perbadanan Adat Melayu dan Warisan Negeri Selangor (PADAT) telah melaksanakan kerja-kerja naik taraf bangunan Gedung Raja Abdullah bermula pada 6 Ogos 2018 dan selesai dilaksanakan pada 2 Ogos 2019. (Rujuk Gambar 1) Kerja naik taraf ini merangkumi kerosakan utama seperti bahagian bumbung, dinding, struktur lantai, pagar, tangga, pintu dan tingkap. Masalah struktur bumbung merangkumi pereputan kayu akibat kelembapan kayu dan serangan anai-anai. Kecacatan struktur bumbung bangunan ini boleh dijumpai di papan rasuk dan rangka atap.
Bagi menggalakkan aktiviti pelancongan, bangunan yang telah selesai dinaik taraf ini akan kekal dengan nama Gedung Raja Abdullah dan kerja-kerja pengisian (Muzium atau Galeri) sedang dalam perancangan pihak PADAT merangkumi sejarah berkaitan bandar Klang, Raja Abdullah, perlombongan bijih timah dan balai polis. Kedudukan Gedung Raja Abdullah berhampiran Pengkalan Batu di Sungai Klang ini merupakan lokasi yang sangat strategik. Hal ini kerana, terdapat banyak tempat menarik berdekatan dengan Gedung Raja Abdullah seperti Sultan Abdul Aziz Royal Gallery, Sri Kota Specialist Medical Centre, Klang River, Kota Bridge dan lain-lain. Pelancong dari dalam dan luar negara dapat melawat Gedung Raja Abdullah dan dapat mengetahui dengan lebih dekat lagi mengenai sejarah bijih timah dan keunikan seni bina di Gedung Raja Abdullah.
Usaha ini dapat direalisasikan dengan menjalinkan kerjasama bersama Tourism Selangor, Majlis Perbandaran Klang dan Pejabat Daerah Tanah dan Klang dalam mewujudkan Heritage Trail kepada pelancong bagi mengenali sejarah kegemilangan bandar Klang khususnya di kawasan sekitar Gedung Raja Abdullah.
Gambar 1: Keadaan terkini bangunan Gedung Raja Abdullah setelah selesai kerja-kerja baik pulih
-
Apakah perancangan Kerajaan Negeri untuk mengangkat martabat seni warisan Melayu seperti cempuling supaya setaraf dengan dikir barat atau ulik mayang?
Antara perancangan Kerajaan Negeri melalui Perbadanan Adat Melayu dan Warisan Negeri Selangor (PADAT) untuk mengangkat martabat seni warisan Melayu adalah seperti berikut :
- MENUBUHKAN KUMPULAN CEMPULENG DI PERINGKAT SEKOLAH
Mewujudkan kelab-kelab cempuleng di sekolah-sekolah dimana pihak PADAT memberi pinjaman peralatan bermula 23 Januari 2019 selama setahun kepada beberpa sekolah. Pihak PADAT juga telah melantik dan menyediakan tenga pengajar selama 24 jam memberi latihan dengan mengikut jadual yang disusun oleh pihak sekolah. Impaknya terdapat 11 buah Sekolah yang telah mempunyai kumpulan cempuleng dan mendapat banyak jemputan dari pihak-pihak lain untuk membuat persembahan.
KUMPULAN CEMPULENG SEKOLAH
BIL NAMA SEKOLAH NAMA KUMPULAN 1. SMK Bukit Kapar, Klang Panca Indera Mahkota 2. Sek Keb Sungai Lang Sinar Tunas Cempuleng 3. Sek Men Keb Sg Manggis, Banting D’Manggis 4. SMK Sungai Kapar Indah, Klang Raudhah Nirwana 5. SMK Jugra, Banting Nada Sinar Temasya 6. SMKA Kuala Selangor Shababul Ummah Chemp’s 7. SAM Unwanus Saadah, Kanchong Darat Banting Cempuleng Saadah 8. SK Bukit Bangkong, Sg Pelek Hei Mui Gereh 9. SMK Tengku Ampuan Rahimah, Klang Mustika Seni 10. SMK Dato Mustafa, Sekinchan Cempuleng ALMUSTAFFA 11. SMAT Tengku Ampuan Jemaah, Shah Alam Arjuna - MEMBERI BANTUAN PINJAMAN PERALATAN KEPADA KUMPULAN BARU
Pihak PADAT juga memberi bantuan pinjaman alatan kepada kumpulan-kumpulan baru yang berhasrat menubuhkan kumpulan cempuleng antaranya Kumpulan Cempuleng Sri Rantau, Rantau Panjang Klang dan Kumpulan Cempuleng Al Ikhlas, Sijangkang.
- PERTANDINGAN MUZIK CEMPULENG
Di atas usaha-usaha ini PADAT telah dapat menambah kumpulan Cempuleng dari 11 kumpulan kepada 25 kumpulan keseluruhannya. Lantaran itu PADAT melangkah setapak untuk mencungkil bakat dan menggalakkan penubuhan cempuleng dengan melaksanakan Pertandingan Muzik Cempuleng dua (2) Kategori iaitu Sekolah dan Terbuka pada :-
Tarikh : 24 Ogos 2019 (Sabtu)
Masa : 8.00 pagi hingga 5.00 petang
Tempat : Bangunan Teater Shah Alam
Di atas usaha ini 25 kumpulan telah bertanding di antaranya :-
KATEGORI TERBUKA
- Kumpulan Cempuleng Warisan Era Baru Kampung Bukit Kapar
- Kumpulan Sinar Warisan Telok Gong
- Kumpulan Seni Warisan Telok Gong
- Kumpulan Cempuling Damar Wulan, Sepang
5.Riadhah Cempuleng Kanchong Darat
- Cempuleng Irama Damai Sg Lang
- Cempuleng Seni Asli Kg Sg Serdang, Kapar
- Kumpulan Seni Irama Cempuling Tg Karang
- Kumpulan Cempuleng Sri Rantau, Rantau Panjang Klang
- Kumpulan Cempuleng Al Ikhlas, Sijangkang
- Kumpulan Seni Cempuleng Warisan Bukit Kapar
- Kumpulan Seni Cempuleng Generasi Bukit Kapar
- Kumpulan Cempuleng Layar Irama, Sg Lang
- Kumpulan Cempuleng Rangkaian Irama, Telok Gong
KATEGORI SEKOLAH
BIL NAMA SEKOLAH NAMA KUMPULAN
- SMK Bukit Kapar, Klang Panca Indera Mahkota
- Sek Keb Sungai Lang Sinar Tunas Cempuleng
- Sek Men Keb Sg Manggis, Banting D’Manggis
- SMK Sungai Kapar Indah, Klang Raudhah Nirwana
- SMK Jugra, Banting Nada Sinar Temasya
- SMKA Kuala Selangor Shababul Ummah
Chemp’s
- SAM Unwanus Saadah Cempuleng Saadah
Kanchong Darat
- SK Bukit Bangkong, Sg Pelek Hei Mui Gereh
- SMK Tengku Ampuan Rahimah, Klang Mustika Seni
- SMK Dato Mustafa, Sekinchan Cempuleng
ALMUSTAFFA
- SMAT Tengku Ampuan Jemaah Arjuna
Shah Alam
- iv) PERANCANGAN AKAN DATANG
PADAT akan mengadakan Festival dan Simfoni Seni Muzik Cempuleng