Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2019

01 November 2019 hingga 13 November 2019

110) PEMBINAAN BANGUNAN RAKSASA DI ZON INDUSTRI BEBAS HULU KELANG

Tahun: 2019

Sesi: 3

Isu: Perindustrian

Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Tujuan apakah bangunan ini dibina?

    Pembangunan ini dibina adalah bagi tujuan penyimpanan barang dan ruang perniagaan oleh pemaju Area Ventures Sdn Bhd.

  2. Bilakah permohonan dibuat dan bila diluluskan?

    Pelan Kebenaran Merancang telah diluluskan oleh MPAJ dalam Mesyuarat Jawatankuasa OSC Bil. 02/2016 dan pelan kelulusan Kebenaran Merancang diluluskan pada 17/10/2016.

    Pelan Kerja Tanah dan Pelan Infrastruktur telah diluluskan oleh MPAJ dalam Mesyuarat Jawatankuasa OSC Bil. 04/2017 bertarikh 22/2/2017 dan pelan kelulusan diluluskan pada 13/4/2017.

  3. Adakah had tempoh zon tersebut diwartakan sebagai zon industri bebas?

    Tiada had tempoh.

     

Lampiran

Tiada Lampiran.