Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2019
01 November 2019 hingga 13 November 2019
108) PROJEK PEMBENTUNGAN DALAM DUN HULU KELANG
Tahun: 2019
Sesi: 3
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Projek ini bermula dengan Pakej D44 Lembah Keramat Zon 3 pada 2016. Adakah pakej ini telah siap sepenuhnya?
Pakej D44 yang bermula dengan Lembah Keramat Zon 3 pada tahun 2016 belum disiapkan sepenuhnya. Pakej ini telah tergendala kerana Zon 3 merupakan kawasan pertindihan kerja-kerja pakej D44 dengan projek Jabatan Perkhidmatan Pembetungan (JPP) di mana kontraktor utama JPP telah lewat menyiapkan projek mereka dalam tempoh kontrak mereka. Sehingga kini, kontrator utama Pakej D44 masih tidak dapat memasuki kawasan tersebut untuk menyiapkan kerja-kerja Pakej D44. Pakej D44 ini dijangka akan disiapkan sepenuhnya pada 31 Disember 2020.
-
Berapakah kontraktor yang terlibat?
Kontraktor yang terlibat dalam projek pembetungan dalam Dun Hulu Kelang ini adalah Puncak Niaga Construction Sdn Bhd sebagai kontraktor utama dan mereka telah melantik satu sub-kontraktor untuk Zon 3 bagi membantu projek berjalan dengan lebih lancar.
-
Berapakah aduan dan gantirugi kepada penduduk dibuat jika ada?
Terdapat sejumlah 6 aduan diterima daripada penduduk. Hanya dua aduan dan ganti rugi bernilai sejumlah RM70,000.00 telah diselesaikan. Empat aduan yang selebihnya adalah berkenaan dengan masalah keretakan rumah. Keretakan rumah ini akan diperbaiki oleh kontraktor selepas kerja akhir seperti lurang (manhole) disiapkan dahulu. Keretakan rumah ini dijangka akan diperbaiki sebelum 31 Disember 2020