Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2019
01 November 2019 hingga 13 November 2019
100) SKIM MESRA USIA EMAS (SMUE)
Tahun: 2019
Sesi: 3
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Tuan Leong Tuck Chee
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Sila nyatakan penerima SMUE (khairat kematian) yang masih tertunggak di seluruh daerah.
Jumlah tunggakkan penerima pembayaran Fasa 1 dan Fasa 2 sehingga 31 Oktober 2019 adalah seramai 1,888 orang dengan jumlah bayaran sebanyak RM4,720,000.00.
Manakala, bagi tunggakan penerima pembayaran Fasa 2 sehingga 31 Oktober 2019 adalah seramai 356 orang dengan jumlah bayaran sebanyak RM534,000.00
-
Apakah langkah-langkah yang akan diambil oleh Kerajaan Negeri untuk menyelesaikan penerima yang tertunggak ini?
Sehingga bulan Oktober 2019, Kerajaan Negeri Selangor telah menyalurkan sebanyak RM18.2 juta kepada pejabat daerah tanah untuk tujuan pembayaran khairat kematian SMUE.
Tunggakan bayaran adalah disebabkan oleh masalah dokumentasi yang tidak lengkap.
Ini lanjutan daripada peningkatan permohonan sewaktu tarikh tutup permohonan SMUE pada 31 Mei 2019 yang lalu.
Tunggakan pembayaran khairat kematian ini dijangka akan diselesaikan sebelum penghujung tahun ini.