Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2019
01 November 2019 hingga 13 November 2019
62) PROJEK PELEBARAN JAMBATAN SUNGAI BATANG KALI FT001/438/10
Tahun: 2019
Sesi: 3
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Puan Lee Kee Hiong
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Adakah JKR Selangor mempunyai maklumat mengenai pengalihan utiliti untuk Projek Pelebaran Jambatan Sungai Batang Kali FT001/438/10 selepas lawatan ICU JPM pada 30 Mei 2019? Jika ya, nyatakan butir-butirnya.
Susulan daripada lawatan ICU JPM pada 20 Mei 2019 yang lepas, pihak utiliti yang terlibat telah memberikan maklumbalas berhubung anggaran kos dan skop pengalihan. Masalah ini telah dapat diselesaikan.
-
Adakah JKR Selangor mempunyai maklumat mengenai jumlah pampasan yang perlu dibayar kepada pemilik tanah kerana projek pelebaran ini? Jika ya, nyatakan butir-butirnya.
Pihak JKR Selangor belum mempunyai sebarang maklumat berhubung jumlah pampasan tersebut. Penilaian pampasan bagi pihak Kerajaan Negeri sedang dilaksanakan oleh Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta (JPPH).