Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2019

01 November 2019 hingga 13 November 2019

41) 2 MASJID BARU DI DUN KOTA DAMANSARA (MASJID KOTA DAMANSARA 2 DAN MASJID SUBANG BISTARI)

Tahun: 2019

Sesi: 3

Isu: hal ehwal islam

Adun: Y.B. Tuan Shatiri Bin Mansor

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Siapa atau agensi manakah yang bertanggungjawab memastikan bahawa kedua-dua masjid ini akan siap pada hujung tahun 2022?

    Pihak Jabatan Agama Islam Selangor adalah pemilik projek manakala pihak Jabatan Kerja Raya adalah agensi pelaksanaan 2 masjid tersebut.

     

  2. Apakah "baseline schedule" terkini untuk kedua-dua projek tersebut?

    Projek-projek tersebut kini dalam proses reka bentuk oleh pihak JKR. Proses tender dijangka pada suku pertama tahun 2020.

  3. Apakah mekanisma pemantauan projek ini yang sedang atau akan dijalankan untuk memastikan bahawa setiap aktiviti-aktiviti projek berjalan lancar mengikut "baseline schedule"?

    Mekanisma pemantauan projek yang sedang atau akan dijalankan untuk memastikan setiap aktiviti projek berjalan lancar mengikut jadual adalah dengan perbincangan-perbincangan dan pemantauan melalui mesyuarat-mesyuarat teknikal antara pemilik projek, pihak berkepentingan dan agensi teknikal.

Lampiran

Tiada Lampiran.