Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2019

01 November 2019 hingga 13 November 2019

31) ADUAN MAJLIS PERBANDARAN KLANG (MPK)

Tahun: 2019

Sesi: 3

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Gunarajah A/l R George

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Berapakah jumlah aduan kes berkenaan (pot-hole) yang diselesaikan oleh pihak MPK di DUN Sentosa?

    Jumlah aduan kes berkenaan ‘pot-hole’ yang telah diselesaikan oleh MPK di DUN Sentosa dari bulan Januari hingga September 2019 adalah seperti berikut:-

    PBT Jumlah aduan kes berkenaan (pot-hole) yang diselesaikan oleh pihak MPK di DUN Sentosa
    MPK Jumlah Aduan: 62 Aduan

    Jumlah aduan telah Selesai: 58 Aduan

    Jumlah aduan dalam Tindakan: 4 Aduan

  2. Sejauh manakah keberkesanan lantikan kontraktor KDEB daripada PBT Kerajaan Negeri Selangor?

    Pelantikan syarikat KDEB Waste Management Sdn. Bhd. (KDEB) oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di dalam pengurusan kutipan sampah dan pembersihan awam ketika ini telah melibatkan sebanyak 11 buah PBT, manakala satu (1) PBT iaitu Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) akan melantik KDEBWM mulai bulan Januari 2020. Berdasarkan kepada pengalaman PBT dalam kerja-kerja kutipan sampah menggambarkan bahawa prestasi KDEBWM adalah amat baik dan sentiasa memberi kerjasama dalam memastikan kawasan seliaan dijaga dengan baik serta sentiasa positif dalam menerima teguran dan penambahbaikan. Selain itu, pelantikan KDEBWM juga dapat melonjakkan imej PBT dari segi keseragaman lori pengangkut sampah, kurang isu kerosakan lori pengangkut sampah dan kutipan mengikut jadual berikutan lori pengangkut sampah dilengkapi oleh sistem AVLS (Automatic Vehicle Locate System) dan Sistem Kamera Litar Tertutup (CCTV) bagi memastikan setiap kawasan operasi mengikut jadual. Manakala bagi perkhidmatan pembersihan awam antaranya dalam skop pembersihan longkang dan potong rumput di PBT yang baru diambil alih seperti Majlis Perbandaran Selayang (MPS), Majlis Perbandaran Kajang (MPKj), Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPSJ), Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) masih belum memuaskan berikutan PBT masih menerima aduan daripada penduduk. Walau bagaimanapun, PBT akan sentiasa memantau prestasi KDEBWM bagi memastikan pelaksanaan perkhidmatan kerja yang diberikan mengikut spesifikasi kerja yang ditetapkan dan membawa nilai value for money kepada PBT.

Lampiran

Tiada Lampiran.