Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2019

01 November 2019 hingga 13 November 2019

30) PEMBINAAN DAN MENAIKTARAF SISTEM SALIRAN DAN PERPARITAN OLEH PIHAK JKR, JPS DAN PBT

Tahun: 2019

Sesi: 3

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Gunarajah A/l R George

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah inisiatif Kerajaan Negeri untuk menangani isu ÒRed TapeÓ dalam agensi-agensi kerajaan di peringkat Negeri terutamanya JKR, JPS dan PBT yang melibatkan masalah sistem saliran dan perparitan?

    Majlis Perbandaran Klang, Jabatan Kerja Raya dan Jabatan Pengairan & Saliran Daerah Klang sentiasa bersama berbincang dan memberi maklumbalas atas sebarang kejadian banjir yang berlaku seterusnya merancang program-program bagi mengatasi masalah banjir di kawasan-kawasan yang terlibat. Di peringkat JKR Selangor, masalah ini telah dibangkitkan di dalam beberapa mesyuarat terdahulu. Masalah utama yang dihadapi adalah untuk mengenalpasti inventori longkang mengikut agensi masing-masing. Untuk itu, JKR Daerah Kuala Selangor telah dipilih sebagai Daerah Perintis untuk mengatasi masalah ini. Satu mesyuarat khas telah diadakan bersama agensi-agensi terlibat untuk membincangkan perkara tersebut. Hasil mesyuarat, semua agensi berkenaan diminta untuk mengemukakan inventori sistem dan perparitan masing-masing untuk diselaraskan terutama di lokasi yang sering mengalami masalah banjir.

     

  2. Apakah inisiatif yang diambil oleh Kerajaan Negeri untuk menyeragamkan kerja-kerja di antara agensi kerajaan seperti JPS, JKR dan MPK?

    Kerajaan Negeri telah mengarahkan semua agensi terlibat (JPS, JKR, dan PBT) untuk mengumpul dan menyediakan inventori longkang untuk semua Daerah mengikut format yang berkenaan. Rekod inventori tersebut sedang diuruskan oleh UPEN Selangor untuk tindakan selanjutnya. Setiap agensi melaksanakan kerja-kerja yang terlibat dalam program/ rancangan mengatasi masalah banjir di kawasan senggaraan masing-masing berdasarkan kepada peruntukan dan keperluan semasa.

Lampiran

Tiada Lampiran.