Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2019

01 November 2019 hingga 13 November 2019

15) SKIM DANA USAHAWAN KAUM INDIA

Tahun: 2019

Sesi: 3

Isu: Usahawan

Adun: Y.B. Tuan Azmizam Bin Zaman Huri

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah rekod kejayaan Skim Dana Usahawan India semenjak dari tahun 2017 sehingga kini?

    Dana Usahawan India Selangor (DUIS) belum dilaksanakan pada tahun 2017 dan ianya masih dalam proses pelaksanaan selepas mendapat kelulusan daripada Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor (MMKN) Ke 23/2019 bertarikh 14 Ogos 2019 iaitu Pemberian GERAN Bantuan Alatan ke atas peniaga yang telah memulakan perniagaan dengan kerjasama Pejabat Daerah dan Tanah (PDT) Selangor.

    Pemberian GERAN ini bernilai maksimum RM10,000.00 bagi setiap permohonan yang mana permohonan boleh dibuat melalui Pejabat Tanah dan Daerah (PDT) dan diurus selia oleh pihak Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) serta Hijrah.

    Untuk makluman Yang Berhormat, setakat September 2019 sebanyak 884 permohonan GERAN telah diterima oleh pihak Pengurusan SITHAM dan kesemua permohonan tersebut masih dalam proses penelitian akhir yang mana hanya 180 penerima GERAN yang layak sahaja akan dipilih untuk tahun 2019. Pemilihan ini adalah berdasarkan peruntukan bagi Pemberian Geran sebanyak RM156,000.00 yang telah diluluskan oleh MMKM ke 23/2019.

  2. Apakah perancangan Kerajaan Negeri bagi meningkatkan taraf hidup dan ekonomi kaum India?

    Majlis Mesyuarat Negeri Ke 23/2019 pada 14 Ogos 2019 telah menimbangkan dan meluluskan penganjuran Program Pembangunan Usahawan India di Negeri Selangor 2019 dengan kos berjumlah RM579,000.00 menggunakan Peruntukan Pembangunan P01-03003 Latihan Usahawan Mikro.

     

    Kelulusan tersebut adalah bagi pelaksanaan program serta kursus yang dapat membantu menaik taraf hidup usahawan India seperti berikut:

     

     

    BIL. PROGRAM/KURSUS PERINCIAN
    1. Latihan Pembangunan Usahawan Memberi latihan asas kepada usahawan India untuk mempelajari teknik menambah jualan dan memahami keperluan terkini dalam perniagaan.
    2. Kursus Kemahiran & Pembuatan (Jangka masa pendek) Memberi latihan secara ‘One Off’ kepada peserta yang tidak mempunyai sebarang kemahiran perniagaan dan pembuatan.
    3. GROW (Program Bimbingan Perniagaan) Memberi bimbingan dan perniagaan kepada usahawan yang baru berkecimpung dalam perniagaan oleh mentor yang berpengalaman.
    4. GERAN (Bantuan Peralatan Perniagaan) Memberi Geran Bantuan Peralatan kepada usahawan yang telah mempunyai perniagaan sendiri.

    Objectif utama pelaksanaan empat (4) program atau latihan tersebut adalah seperti berikut:

    i) Untuk melahirkan usahawan India yang berpengetahuan sifar kepada usahawan berkemahiran untuk mengusahakan perniagaan berskala kecil;

    i) Memastikan golongan sasaran dapat menaik taraf kehidupan dan ekonomi menerusi penjanaan pendapatan melalui kemahiran sendiri; dan

    iii) Sebagai medium kepada masyarakat India yang berpotensi untuk meningkatkan daya saing melalui latihan keusahawanan.

     

Lampiran

Tiada Lampiran.