Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2019

29 Julai 2019 dan 31 Julai 2019

195) SELANGOR SEBAGAI DESTINASI PELANCONG

Tahun: 2019

Sesi: 2

Isu: Pelancongan

Adun: Y.B. Datuk Rizam Bin Ismail

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Berapakah jumlah pelancong yang melancong ke Negeri Selangor sejak 2017- Jun 2019?

    Jumlah Kedatangan Pelancong ke Negeri Selangor bagi Tahun 2017 – 2018 adalah seperti berikut :

     

    TAHUN JENIS PELANCONG JUMLAH %        (+,-) 
    ANTARABANGSA DOMESTIK
    2018 3,219,368 4,015,068 7,234,113 -3%
    2017 3,533,554 3,921,285 7,454,839 +2%
    2016 3,262,654 4,018,366 7,281,020 +4%
    2015 3,286,363 3,728,550 7,014,913

     

    Untuk makluman, bagi tahun 2019 ini Laporan Statistik kedatangan Pelancong yang telah dikeluarkan adalah bagi tempoh Januari hingga Mac 2019 (Suku Tahun Pertama) 2019 kerana Pelaporan Statistik Kedatangan Pelancong bagi tempoh April hingga Jun (Suku Tahun Kedua) 2019 masih di dalam proses pengumpulan data dan Laporan akan dikeluarkan pada bulan Ogos 2019 ini.

     

    Jumlah Kedatangan Pelancong ke Negeri Selangor bagi tempoh Januari hingga Mac (Suku Tahun Pertama) 2019 adalah seperti berikut :

     

     

    SUKU TAHUN

    PERTAMA

    JENIS PELANCONG JUMLAH
    ANTARABANGSA DOMESTIK
    2019 795,627 916,199 1,711,826

     

  2. Berapakah pecahan kehadiran pelancong ke Negeri Selangor mengikut daerah?

    Pecahan Kedatangan Pelancong ke Negeri Selangor mengikut daerah bagi Tahun 2018 dan Suku Tahun Pertama (Januari – Mac) 2019 adalah seperti berikut :

     

    TAHUN 2018

    DAERAH JENIS PELANCONG JUMLAH PELANCONG %      

    (+,-)

    DOMESTIK ANTARABANGSA
    Petaling 2,293,337 2,234,664 4,528,001 63%
    Sepang 638,060 538,924 1,176,984 16%
    Hulu Langat 247,347 157,404 404,751 6%
    Klang 241,828 146,703 388,531 5%
    Gombak 221,928 125,450 347,378 5%
    Kuala Selangor 70,036 3,630 73,666 1%
    Kuala Langat 206,835 1,326 208,161 3%
    Sabak Bernam 50,579 7,458 58,037 1%
    Hulu Selangor 44,801 3,803 48,604 1%

     

    SUKU TAHUN PERTAMA (JANUARI – MAC 2019

    DAERAH JENIS PELANCONG JUMLAH PELANCONG %       

    (+,-)

    DOMESTIK ANTARABANGSA
    Petaling 491,754 490,583 982,337 57%
    Sepang 143,407 166,779 310,186 18%
    Hulu Langat 55,625 46,666 102,291 6%
    Klang 81,037 44,721 125,758 7%
    Gombak 62,067 38,936 101,003 6%
    Kuala Selangor 15,281 2,928 18,209 1%
    Kuala Langat 38,831 2,714 41,545 2%
    Sabak Bernam 20,901 1,842 22,743 1%
    Hulu Selangor 7,296 458 7,754 0%
  3. Apakah langkah proaktif Kerajaan Negeri untuk menarik lebih ramai pelancong khususnya pelancong luar negara ke Negeri Selangor?

    Antara langkah proaktif Kerajaan Negeri untuk menarik lebih ramai pelancong khususnya pelancong luar negara ke Negeri Selangor adalah seperti berikut:-

     

    • Penyertaan Negeri Selangor melalui Tourism Selangor Bagi Siri Promosi Dalam dan Luar Negara

    Melalui program ini setiap pengisian dan juga aktiviti-aktiviti mempromosikan produk-produk pelancongan telah disediakan bagi mewar-warkan potensi Negeri Selangor sebagai destinasi pilihan. Di antara pengisian yang dijalankan adalah seperti berikut:-

     

    1. Pelancaran Kempen Pelancongan
    2. Pengenalan Produk-Produk Pelancongan Baru
    • Pengenalan Pakej-Pakej Pelancongan
    • Penyertaan Tourism Selangor di dalam program Business to Business (B to B) bersama penggiat industri

     

    • Program Siri Perbentangan Produk Pelancongan Negeri Selangor atau “Roadshow” kepada Penggiat Industri Luar Negara

    Mengadakan Siri “Roadshow”/ Sesi Perbentangan Produk ke Negara-Negara yang mempunyai potensi yang tinggi di dalam menyumbang kedatangan pelancong ke Negeri Selangor. Di antara program siri promosi “Roadshow” yang telah dijalankan sehingga tahun 2019 adalah seperti berikut:

     

    BIL NEGARA PROGRAM DILAKSANAKAN TARIKH PROGRAM DILAKSANAKAN
    1. Jepun 23 – 29 Jun 2019
    2. Jepun 18 – 24 Mac 2018
    3. Taiwan 5 – 8 Mei 2017
    4. India 25  Feb – 3 Mac 2016

     

    Impak daripada Siri “Roadshow” ini adalah seperti berikut:-

     

    • Menerima agensi pelancongan untuk mengadakan lawatan teknikal bagi mengalami dan melihat sendiri produk pelancongan yang terdapat di Negeri Selangor
    • Penghasilan Pakej-Pakej Pelancongan oleh agensi pelancongan luar negara
    • Hebahan media yang meluas dari hasil dari maklumat yang diterima sewaktu pelaksanaan Siri “Roadshow ini.

     

    • Mempergiatkan Penyaluran Maklumat Produk Pelancongan Melalui Platform Media Sosial

    Melancarkan platform penyaluran maklumat-maklumat di media sosial di dalam bahasa asal pasaran-pasaran pelancong yang berpotensi yang tinggi dalam meningkatkan kedatangan pelancong ke Negeri Selangor. Setakat ini, Tourism Selangor telah melancarkan Facebook Page Tourism Selangor di dalam beberapa bahasa seperti Bahasa Arab, Jepun dan juga Mandarin.

     

     

     

Lampiran

Tiada Lampiran.