Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2019
29 Julai 2019 dan 31 Julai 2019
180) PENETAPAN I-CITY SEBAGAI KAWASAN SEGI TIGA EMAS
Tahun: 2019
Sesi: 2
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Dato' Mohd Shamsudin Bin Lias
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Apakah faktor penetapan I-City sebagai kawasan segi tiga emas?
Pemajuan kawasan komersial oleh pemaju Tetuan I-City seluas 72 ekar tidak pernah diberi sebarang pengiktirafan sebagai “Segi Tiga Emas” sebagaimana yang didakwa.
Walau bagaimanapun, pihak pemaju Tetuan I-City telah mendapat pengiktirafan persijilan sebagai MSC Malaysia Cybercentre pada 21hb Ogos 2008 oleh Multimedia Super Corridor Malaysia.
Mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor Darul Ehsan 25/2008 yang diadakan pada 27hb Ogos 2008 memaklumkan bahawa D.Y.M.M. Sultan Selangor telah bertitah hanya aktiviti berikut dibenarkan dijalankan di kawasan International Zone yang dipohon oleh I-Berhad (I-City):
- Teater
- Panggung wayang
- Bowling
- Pusat hiburan keluarga
- Restoran
Dan larangan terhadap aktiviti berikut:
- Snuker
- Pusat urut
- Pusat judi
- 4D toto
- Pusat karaoke dengan perkhidmatan GRO
Mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor Darul Ehsan 17/2010 yang diadakan pada 12 Mei 2010 telah meluluskan komponen dan aktiviti pembangunan I-City Properties Sdn. Bhd. sebagai Zon Antarabangsa seperti berikut:
- Mewujudkan ‘Technopreneur Campus’ yang beroperasi 24 jam;
- Kawasan I-City perlu dikawal dengan sistem keselamatan yang ketat;
- Sistem kumbahan dan buangan sisa pepejal berkala yang diuruskan oleh I-City;
- Bekalan air dan elektrik yang mencukupi dan tidak terganggu termasuk ‘Backup Electrical Supply’;
- Kemudahan jalur lebar berkelajuan tinggi dan lain-lain ‘high technology’;
- Menerapkan elemen lanskap/ green environmental selaras dengan pembangunan mampan;
- Mengadakan program-program aktiviti pelancongan, kebudayaan dan night tourism;
- Mewujudkan Kompleks Hotel yang mempunyai hotel, kedai bebas cukai, pusat hiburan dan pusat penjualan barangan berjenama dengan konsep Boutique Hotel;
- Mengadakan shuttle bus dari Pusat Bandar Shah Alam, Klang, Petaling Jaya dan stesen komuter terdekat;
- Cukai taksiran/ tanah perlu dijelaskan kepada PBT/ Pejabat Tanah dan Daerah;
- Sistem pungutan sampah berjadual oleh I-City;
- Cadangan permohonan tanah TOL bagi simpanan sungai bagi tujuan program pengindahan dan penghijauan landskap;
- Cadangan permohonan pertukaran nama Plaza Tol Sungai Rasah kepada Tol I-City;
- Cadangan permohonan untuk mengubahsuai 60 x 600 kaki persegi lot kos rendah ke 36,000 kaki persegi lot inkubator yang akan disewakan dengan kadar minimum untuk aktiviti IT Retails Entrepreneurs dan ruang pejabat;
- Cadangan penukaran nama Low Cost Lot kepada Low Rental Space Raea atau Affordable Rental Space untuk usahawan yang baru memulakan perniagaan menyewa dengan kadar rendah;
- Menggunapakai Green Building Index dan OKU Friendly;
- Memperkenalkan konsep Plug and Play dan menjadikan I-City sebagai incubator kepada technopreneur dengan kadar sewaan yang paling minimum; dan
- Mewujudkan Islamic Financial Hub
-
Apakah kesannya terhadap harga tanah di I-City dan kawasan sekitarnya?
Secara amnya, semenjak pembukaan I-City pada tahun 2009 sehingga 2019 bagi tempoh 10 tahun, prestasi pasaran harta tanah di kawasan I-City dan kawasan sekitar bagi sektor kediaman dan perniagaan dilihat meningkat secara sederhana iaitu sebanyak 75.3% ( 7.53%. setahun)
Berdasarkan kepada bukti-bukti jualbeli harta tanah yang direkodkan di JPPH mendapati bagi sektor kediaman, prestasi pasaran bagi semua jenis kediaman dari tahun 2009 hingga 2019 mencatatkan 73.1% atau 7.31% setahun. Prestasi kenaikan yang tertinggi dicatatkan 81.7% (8.17% setahun) bagi jenis rumah teres 2 tingkat. Ini diikuti rumah berkembar 2 tingkat berjumlah 75.8% (7.58% setahun). Selain itu, jenis rumah bandar (town house) mencatatkan prestasi pasaran kenaikan yang lebih rendah iaitu 67.1% atau 6.71% setahun.
Bagi sektor perniagaan pula, prestasi pasaran bagi semua jenis hartanah perniagaan dilihat lebih baik berbanding sector kediaman dimana jumlah kenaikan mencatatkan sebanyak 80.3% atau (8.03% setahun). Prestasi pasaran kenaikan yang tertinggi dicatatkan berjumlah 114.1% atau 11.41% setahun bagi jenis kedai/pejabat 3 tingkat manakala peratus kenaikan yang terendah ke atas jenis unit kedai dalam kedai/pejabat mencatatkan jumlah sebanyak 61.2% (6.12% setahun).