Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2019
29 Julai 2019 dan 31 Julai 2019
148) GENGSTER
Tahun: 2019
Sesi: 2
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Mohd Sany Bin Hamzan
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Apakah langkah dan tindakan Kerajaan mengatasi masalah gengster untuk jangka masa panjang dan pendek?
Antara langkah-langkah Kerajaan dalam mengatasi isu tersebut adalah:
- Memberi kesedaran dan pendidikan awal di peringkat sekolah-sekolah dalam Negeri Selangor. Program ini diadakan melalui Mesyuarat Permuafakatan PDRM dan Jabatan Pendidikan Negeri Selangor (JPNS). Tujuan program ini diadakan untuk mengenal pasti sekolah-sekolah berisiko diserapi oleh gangster dan mengambil tindakan segera sekiranya perkara tersebut berlaku.
- Penubuhan Jawatankuasa Perancang Negeri Selangor di bawah Majlis Keselamatan Negeri. Jawatankuasa ini dianggotai oleh semua ketua-ketua agensi penguat kuasa dan ketua-ketua jabatan kerajaan yang dipengerusikan bersama oleh PDRM dan ATM. Salah satu fokus utama jawatankuasa ini adalah tentang jenayah serta ancaman gangster yang ada dalam Negeri Selangor.