Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2019
29 Julai 2019 dan 31 Julai 2019
142) LIPUTAN WIFI SELANGORKU DAN 5G
Tahun: 2019
Sesi: 2
Isu: Sains, Teknologi & ICT
Adun: Y.B. Tuan Mohd Fakhrulrazi Bin Mohd Mokhtar
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Apakah perancangan Kerajaan Negeri untuk memperluaskan liputan hotspot wifi Selangor selaras untuk menjadikan Selangor negeri bermaklumat?
- Binaan haram yang dibina di atas rizab kerajaan (rizab parit dan jalan) akan dirujuk terlebih dahulu kepada Pejabat Tanah dan Daerah memandangkan kuasa yang diberi bagi tujuan pengeluaran notis adalah melalui peruntukan Seksyen 425 – Kanun Tanah Negara 1957 (Akta 56). Walau bagaimanapun masalah yang sering berlaku dan menjadi halangan kepada PBT adalah seperti berikut:
- Kesukaran untuk mendapatkan maklumat pemilik struktur binaan haram di tapak tersebut;
- Masalah binaan haram melibatkan rumah ibadat;
- Pemilik struktur enggan bekerjasama;
- Kekangan dari segi kos perobohan dan kos pembaikan infrastruktur yang terlibat (selepas perlaksanaan operasi perobohan binaan haram); dan
- Campur tangan pihak tertentu.
-
Apalah perancangan Kerajaan Negeri untuk menjadikan Selangor bersedia untuk menerima teknologi 5G?
- PBT sentiasa menjalankan pemantauan berterusan bagi memastikan semua kemudahan infrastruktur asas yang belum diserahkan kepada PBT diselenggarakan oleh pemaju sebelum CCC dikeluarkan. Semua pemajuan yang telah siap juga akan menjalani pemeriksaan akhir terlebih dahulu sebelum CCC. PBT juga mengenakan cagaran semasa proses pelan-pelan infra di mana, wang cagaran tersebut akan digunakan sekiranya pemaju gagal menjalankan penyelenggaraan. Sekiranya pemaju gagal untuk mematuhi arahan PBT, tindakan kompaun di bawah Akta 133 Akta Jalan, Parit & Bangunan akan dikenakan.