Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2019
29 Julai 2019 dan 31 Julai 2019
114) PENERIMA KISS
Tahun: 2019
Sesi: 2
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Tuan Rajiv A/l Rishyakaran
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Berapakah penerima KISS yang telah diberhentikan apabila penjajaran semula dibuat?
Kerajaan Negeri telah membuat proses pengemaskinian maklumat penerima-penerima Program KISS bermula 15 Jun 2019 hingga 15 Julai 2019 yang bertujuan untuk memastikan manfaat program ini diterima oleh golongan yang benar-benar layak dan memerlukan. Dalam tempoh berkenaan penggunaan kad KISS telah dibekukan dan setelah proses pengemaskinian selesai, penerima KISS yang tersenarai di dalam sistem eKasih atau senarai penerima Bantuan Sara Hidup (BSH) boleh menggunakan kad KISS dan terus menikmati manfaat program ini. Sehingga 19 Julai 2019 terdapat 27,986 orang penerima telah diberhentikan daripada menerima manfaat Program KISS.
-
Antara mereka yang diberhentikan, berapakah mempunyai pendapatan kurang daripada RM2000? Sila beri pecahan mengikut DUN.
Setelah proses pengemaskinian selesai, didapati seramai 2,770 orang penerima sedia ada yang mempunyai pendapatan isi rumah bawah RM2,000.00 telah diberhentikan dari menerima manfaat Program KISS yang terdiri daripada :
- Layak tetap melebihi kuota : 1,312 orang
- Layak tetapi telah meninggal dunia : 41 orang
- Tidak tersenarai di dalam sistem eKasih/BSH : 1,395 orang
- Tidak menepati kriteria pendapatan : 22 orang
Manakala pecahan penerima sedia ada (pendapatan isi rumah di bawah RM2,000.00) mengikut DUN pula adalah seperti berikut:-
BIL DEWAN UNDANGAN NEGERI PENDAPATAN ISI RUMAH BAWAH RM2,000.00 (ORANG) 1. N01 SUNGAI AIR TAWAR 134 2. N02 SABAK 80 3. N03 SUNGAI PANJANG 16 4. N04 SEKINCHAN 17 5. N05 HULU BERNAM 16 6. N06 KUALA KUBU BAHARU 24 7. N07 BATANG KALI 66 8. N08 SUNGAI BURONG 169 9. N09 PERMATANG 121 10. N10 BUKIT MELAWATI 79 11. N11 IJOK 20 12. N12 JERAM 14 13. N13 KUANG 91 14. N14 RAWANG 43 15. N15 TAMAN TEMPLER 27 16. N16 SUNGAI TUA 151 17. N17 GOMBAK SETIA 22 18. N18 HULU KELANG 27 19. N19 BUKIT ANTARABANGSA 38 20. N20 LEMBAH JAYA 30 21. N21 PANDAN INDAH 15 22. N22 TERATAI 17 23. N23 DUSUN TUA 18 24. N24 SEMENYIH 84 25. N25 KAJANG 47 26. N26 SUNGAI RAMAL 23 27. N27 BALAKONG 18 28. N28 SERI KEMBANGAN 14 29. N29 SERI SERDANG 22 30. N30 KINRARA 22 31. N31 SUBANG JAYA 16 32. N32 SERI SETIA 34 33. N33 TAMAN MEDAN 132 34. N34 BUKIT GASING 2 35. N35 KAMPUNG TUNKU 6 36. N36 BANDAR UTAMA 2 37. N37 BUKIT LANJAN 24 38. N38 PAYA JARAS 66 39. N39 KOTA DAMANSARA 37 40. N40 KOTA ANGGERIK 22 41. N41 BATU TIGA 26 42. N42 MERU 140 43. N43 SEMENTA 34 44. N44 SELAT KLANG 6 45. N45 BANDAR BARU KLANG 15 46. N46 PELABUHAN KLANG 417 47. N47 PANDAMARAN 21 48. N48 SENTOSA 8 49. N49 SUNGAI KANDIS 40 50. N50 KOTA KEMUNING 34 51. N51 SIJANGKANG 12 52. N52 BANTING 16 53. N53 MORIB 22 54. N54 TG SEPAT 44 55. N55 DENGKIL 72 56. N56 SUNGAI PELEK 27 57. N/A 30 JUMLAH KESELURUHAN 2,770 (Sumber data dari Selcare Management Sdn Bhd)
Hasil semakan dari jumlah berkenaan mendapati penerima asal Program KISS ini tidak menepati kriteria dan syarat-syarat kelayakan baru selain berpendapatan bulanan isi rumah bawah RM2,000.00 sebagaimana yang telah ditetapkan oleh Kerajaan Negeri seperti berikut:-
- Berdaftar sebagai pemohon Bantuan Sara Hidup (BSH) dibawah kategori pendapatan bawah RM2000.00 atau tersenarai sebagai golongan miskin atau miskin tegar di pengkalan data eKasih;
- Warganegara Malaysia;
- Lahir di Selangor atau menetap di Selangor melebihi tempoh 10 tahun;
- Wanita Berkeluarga (berkahwin atau ibu tunggal) yang mempunyai anak/ tanggungan dibawah umur 21 tahun; dan
- Berpendapatan bulanan seisi rumah di bawah RM2,000.00