Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2019
29 Julai 2019 dan 31 Julai 2019
112) KILANG DAN SISA BAHAYA
Tahun: 2019
Sesi: 2
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Tuan Rajiv A/l Rishyakaran
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Senaraikan semua kilang yang mengeluarkan sisa berjadual yang berlesen di Selangor.
Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, merujuk kepada rekod Jabatan Alam Sekitar Negeri Selangor bagi tahun 2018, senarai kilang yang mengeluarkan sisa berjadual yang berlesen di Selangor adalah diterjemahkan melalui jumlah sisa buangan terjadual iaitu sebanyak 302,998 metrik tan buangan terjadual dihasilkan daripada 4,434 premis di Negeri Selangor. Punca-punca yang menjadi pengeluar utama buangan terjadual yang tertakluk di bawah Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Buangan Terjadual) 2005 dan pecahan adalah seperti berikut:
BIL. PENGELUAR JUMLAH SISA BUANGAN TERJADUAL 1. Loji Rawatan Air 109,143 metrik tan 2. Loji Janakuasa 69,015 metrik tan 3. Bengkel 37,062 metrik tan 4. Industri Elektrik Dan Elektronik 15,835 metrik tan 5. Lain-Lain 89,943 metrik tan JUMLAH 302,998 metrik tan Penghasilan utama buangan terjadual mengikut kod buangan terjadual Schedule Waste (SW) adalah seperti berikut:
BIL. KOD SISA BERJADUAL (SCHEDULE WASTE)
JUMLAH SISA BUANGAN TERJADUAL 1. SW 204 (enapcemar yang mengandungi satu atau beberapa logam termasuklah Kromium, Kuprum, Nikel, Zink, Plumbum, Kadmium, Aluminium, Timah, Vanadium Dan Berilium) 109,143 metrik tan 2. SW 104 (Debu, Sanga, Dros Atau Abu Yang Mengandungi Aluminium, Arsenik, Raksa, Plumbum, Kadmium, Kromium, Nikel, Kuprum, Vanadium, Berilium, Antimoni, Telurium, Talium atau Selenium Tidak Termasuk Sanga Daripada Kilang Besi dan Keluli) 73,398 metrik tan
3. SW 305 (Minyak Pelincir Terpakai) sebanyak 35,530 metrik tan 4. SW 409 (Bekas, Beg Atau Kelengkapan yang dilupuskan yang dicemari dengan Bahan Kimia, Racun Makhluk Perosak, Minyak Mineral Atau Buangan Terjadual) 12,606 metrik tan -
Senaraikan semua kilang yang tidak berlesen yang mengeluarkan sisa berjadual.
Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Selangor hanya merekodkan kilang yang mengeluarkan sisa berjadual yang berlesen sahaja manakala kilang yang tidak dilesenkan adalah bukan di bawah bidang kuasa JAS.
Walau bagaimanapun, merujuk kepada data daripada Pejabat Tanah Galian Selangor, jumlah semua kilang yang tidak berlesen di Negeri Selangor sehingga 21 November 2018 adalah berjumlah 2,149 dan butiran terperinci berkaitan Statistik Kilang Tanpa Kebenaran di Negeri Selangor adalah seperti di Lampiran A.
-
Senaraikan semua kilang yang mengeluarkan sisa radioaktif di Selangor
Kerajaan Negeri tidak mempunyai akses kepada data berkaitan kilang yang mengeluarkan sisa radioaktif di Negeri Selangor kerana ianya adalah di bawah bidangkuasa Kerajaan Persekutuan iaitu Lembaga Perlesenan Radioaktif, Kementerian Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (MESTECC). Menurut pihak MESTECC.