Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2019
29 Julai 2019 dan 31 Julai 2019
88) RUMAH IBADAT SELAIN ISLAM
Tahun: 2019
Sesi: 2
Isu: Hal Ehwal Selain Islam
Adun: Y.B. Tuan Lai Wai Chong
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Adakah rumah ibadat bukan Islam (tanpa berdaftar) lebih banyak berbanding dengan rumah ibadat bukan Islam (berdaftar) dalam Negeri Selangor?
Pada masa ini, terdapat banyak rumah ibadat selain Islam yang tidak berdaftar/ telah dibina tanpa memohon kebenaran daripada Pihak Berkuasa Negeri serta tidak mengikut tatacara pembinaan rumah ibadat. Berdasarkan inventori yang dijalankan oleh pihak PBT pada tahun 2017, sebanyak 790 buah rumah ibadat selain Islam yang berdaftar berbanding 1,043 buah yang tidak
Walau bagaimanapun, Kerajaan Negeri melalui Jawatankuasa Hal Ehwal Selain Islam pada ketika ini giat membincangkan dan menyelesaikan isu rumah ibadat selain Islam yang tidak berdaftar serta menjadi pemudahcara dalam isu perpindahan dan isu-isu berkait mengenai hal ehwal selain Islam. Pihak Kerajaan Negeri akan mempertimbangkan permohonan tanah bagi tujuan rumah ibadat selain Islam mengikut tatacara yang telah diperuntukkan melalui Mesyuarat Jawatankuasa Hal Ehwal Selain Islam yang diadakan lebih daripada enam (6) kali setahun secara purata bagi tempoh tahun 2013 – 2018. Pertimbangan ini akan mengambil kira pelbagai aspek terutama isu-isu teknikal dan maklumbalas yang diperolehi daripada jabatan dan agensi yang berkaitan.
-
Bolehkah menyenaraikan jumlah rumah ibadat bukan Islam berdaftar dan tidak berdaftar dalam pentadbiran MPAJ serta tahun pembinaan?
Jumlah Rumah Ibadat Bukan Islam yang tidak berdaftar dalam pentadbiran MPAJ ialah 337 unit dan dibina sebelum tahun 2014. Manakala, Rumah Ibadat Bukan Islam yang berdaftar sehingga tahun 2014 adalah seperti berikut :
RUMAH IBADAT BUKAN ISLAM BILANGAN Tokong 3 Kuil 1 Gereja 2 Gudwara Tiada