Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2019
29 Julai 2019 dan 31 Julai 2019
85) LAPOR JALAN ROSAK MELALUI WAZE
Tahun: 2019
Sesi: 2
Isu: Sains, Teknologi & ICT
Adun: Y.B. Tuan Lai Wai Chong
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Adakah status terkini kejayaan sistem lapor jalan rosak melalui aplikasi Waze?
Di antara kejayaan Sistem Laporan Jalan Rosak adalah seperti berikut:
- Digunakan oleh kesemua 12 Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Negeri Selangor dan Jabatan Kerja Raya (JKR) Negeri Selangor termasuk 9 JKR Daerah.
- Penerimaan orang awam untuk membuat pelaporan melalui waze adalah amat menggalakkan dengan purata pelaporan setiap bulan sekitar 532 pelaporan.
- Jumlah pelaporan yang diterima sepanjang tahun 2019 bermula 01 Januari 2019 sehingga 30 Jun 2019, sebanyak 3,194 pelaporan telah disahkan. Secara puratanya, sebanyak 532 pelaporan telah disahkan dalam masa sebulan.
- Kecekapan tindakan yang diambil bagi setiap pelaporan baharu sebanyak 80%. Manakala kecekapan penyelesaian laporan yang sah yang telah diselesaikan dalam bulan yang sama adalah melebihi 85%.
-
Nyatakan jumlah aduan diterima, jumlah aduan selesai dan tempoh masa penyelesaian.
Sepanjang tahun 2019 iaitu 01 Januari 2019 sehingga 30 Jun 2019, jumlah pelaporan adalah amat menggalakkan dengan purata setiap bulan sekitar 532 pelaporan yang telah disahkan oleh Pihak Berkuasa Tempatan dan Jabatan Kerja Raya (JKR). Secara puratanya organisasi yang bertanggungjawab dapat menyelesaikan lebih 85% dalam bulan yang sama. Peningkatan purata kecekapan menyelesaikan pelaporan sebanyak 7% berbanding tahun
Pecahan pelaporan adalah seperti berikut:
JALAN PIHAK BERKUASA TEMPATAN (PBT)
BIL.
PIHAK BERKUASA TEMPATAN
PELAPORAN YANG SAH & BELUM DITAMPAL SELESAI DITAMPAL
1. Majlis Bandaraya Petaling Jaya 160 379 2. Majlis Bandaraya Shah Alam 48 176 3. Majlis Perbandaran Subang Jaya 141 284 4. Majlis Perbandaran Ampang Jaya 8 72 5. Majlis Perbandaran Selayang 0 96 6. Majlis Perbandaran Klang 20 308 7. Majlis Perbandaran Kajang 74 224 8. Majlis Perbandaran Sepang 0 19 9. Majlis Daerah Kuala Langat 0 2 10. Majlis Daerah Kuala Selangor 0 53 11. Majlis Daerah Hulu Selangor 0 6 12. Majlis Daerah Sabak Bernam 0 0 JUMLAH KESELURUHAN 451 1619 JALAN JKR PERSEKUTUAN
BIL.
JKR PERSEKUTUAN
PELAPORAN YANG SAH & BELUM DITAMPAL SELESAI DITAMPAL
1. Gombak 0 38 2. Hulu Langat 0 240 3. Hulu Selangor 0 2 4. Kuala Langat 0 9 5. Klang 31 12 6. Kuala Selangor 0 69 7. Petaling 8 0 8. Sabak Bernam 0 4 9. Sepang 0 186 JUMLAH KESELURUHAN 39 560 JALAN JKR NEGERI
BIL.
JKR NEGERI
PELAPORAN YANG SAH & BELUM DITAMPAL SELESAI DITAMPAL
1. Gombak 63 103 2. Hulu Langat 10 70 3. Hulu Selangor 0 2 4. Kuala Langat 0 29 5. Klang 31 1 6. Kuala Selangor 0 176 BIL.
JKR NEGERI
PELAPORAN YANG SAH & BELUM DITAMPAL SELESAI DITAMPAL
7. Petaling 2 0 8. Sabak Bernam 3 3 9. Sepang 0 32 JUMLAH KESELURUHAN 109 416