Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2019

29 Julai 2019 dan 31 Julai 2019

64) MENGHADAPI CABARAN MASYARAKAT MENUA

Tahun: 2019

Sesi: 2

Isu: Wanita & Keluarga

Adun: Y.B. Puan Lim Yi Wei

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah unjuran populasi warga emas di Negeri Selangor mengikut DUN?

    Hasil data yang diperolehi dari Jabatan Perangkaan Malaysia Negeri Selangor, unjuran warga emas di Negeri Selangor bagi tahun 2019 adalah seramai 595.7 ribu orang. Sebagai rekod, Jabatan Perangkaan Malaysia Negeri Selangor hanya mempunyai statistik penduduk warga emas mengikut jantina seperti di Lampiran 1.

  2. Apakah perancangan Kerajaan Negeri dalam menghadapi cabaran masyarakat menua?

    Selaku Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Warga Emas Negeri Selangor yang telah dilantik oleh Menteri Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat pada 1 Mac 2019, jawatankuasa akan mengadakan mesyuarat bersama-sama dengan 10 buah agensi tetap di peringkat Negeri Selangor, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Warga Emas Daerah yang terdiri daripada Pegawai-Pegawai Daerah/ Ketua Penolong Pegawai Daerah Negeri Selangor beserta jabatan-jabatan yang berkaitan untuk memastikan pelaksanaan Dasar Warga Emas Negara di negeri ini dapat direalisasikan secara

    Antara program yang boleh dilaksanakan adalah:

    • Promosi dan Advokasi – Objektifnya adalah untuk membangun masyarakat prihatin mengenai penuaan dan mendayaupayakan masyarakat bagi menghadapi hari tua. Strategi yang boleh dilaksanakan adalah meningkatkan usaha mempelbagaikan program kesedaran individu, keluarga dan masyarakat mengenai warga emas dan isu penuaan. Antaranya adalah Kursus/ Ceramah mengenai penuaan/ penjagaan kesihatan dan Bulan Sambutan Warga Emas di peringkat negeri.

     

    • Pembelajaran Sepanjang Hayat – Objektifnya adalah untuk memudahkan akses pebelajaran sepanjang hayat dalam kalangan warga emas, keluarga dan masyarakat. Strategi yang boleh dilaksanakan adalah pembangunan kapasiti untuk menjayakan program pembelajaran sepanjang hayat. Antara program yang boleh dilaksanakan aadalah penyediaan peluang pembelajaran dalam bidang Senaman Warga Emas.

     

    • Keselamatan dan Perlindungan – Objektifnya adalah untuk menjamin warga emas hidup selamat dan dilindungi. Strategi yang dilaksanakan adalah memantapkan tadbir urus insan (human governance) melalui strategi Town Hall Warga Emas yang memberi peluang kepada warga emas untuk menyalurkan maklumat/ idea/ input tentang keperluan dan kehendak warga

    Selain itu, Kerajaan Negeri juga sedar bahawa bakal berhadapan dengan populasi warga emas yang melebar dengan pesat. Sehubungan itu, bagi memastikan tahap kehidupan warga emas lebih terjamin, pemaju bagi setiap projek pembangunan baru di setiap Pihak Berkuasa Tempatan perlu menyediakan ruang sekitar 1,200 kaki persegi yang akan dibangunkan sebagai Pusat Komuniti Warga Emas di Negeri Selangor.

     

  3. Senaraikan program kebajikan Kerajaan Negeri khas untuk warga emas.

    Kerajaan Negeri telah menyediakan Program Inisiatif Peduli Rakyat (IPR) iaitu Skim Mesra Usia Emas (SMUE) yang dikendalikan oleh Rantaian Mesra Sdn Bhd khusus kepada golongan warga emas. Program SMUE ini telah ditambahbaik dengan pemberian manfaat semasa hidup kepada warga emas yang berdaftar sebanyak RM100.00 setahun dalam bentuk baucer Jom Shopping. Sehingga kini terdapat seramai 195,526 orang warga emas telah berdaftar. Jumlah ini dijangka akan meningkat selaras dengan pertambahan bilangan warga emas di Negeri

    Selain itu melalui Jawatankuasa Tetap Kebajikan, pelbagai program telah dilaksanakan dengan kerjasama Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Selangor. Di antaranya adalah Program Intergenerasi Warga Emas Bersama Golongan Kanak-kanak Dan Remaja di dua buah daerah yang menggabungkan ketiga-tiga golongan ini bagi meningkatkan kesedaran dan memberikan ilmu pengetahuan berkaitan dengan fenomena penuaan yang berlaku di Malaysia disamping mengeratkan dan merapatkan hubungan antara generasi muda dan tua.

    Selain itu juga Kerajaan Negeri bersama Majlis Perbandaran Subang Jaya telah mengadakan program menyantuni golongan warga emas dengan memberi ruang golongan ini beriadah dan melakukan aktiviti rekreasi dengan selesa di ruang yang telah disediakan iaitu di Komples 3K Subang Jaya.

    Program ini secara tidak langsung dapat memberi peluang kepada warga emas untuk memanfaatkan masa lapang mereka dan memberi galakan supaya mengamalkan gaya hidup yang sihat seperti program kerohanian, sukan-sukan indoor dan lain-lain.

    Manakala melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Selangor, pelbagai program telah dirancang dan dilaksanakan bersama Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE) yang terdapat di 8 daerah dengan menyediakan pelbagai aktiviti dan sebagai tempat bagi warga emas menjalankan aktiviti harian dalam komuniti. PAWE merupakan satu perkhidmatan bercorak pendampingan sosial (reaching out) dan pembangunan kepada warga emas melibatkan kerjasama strategik antara agensi kerajaan, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan komuniti setempat.

Lampiran

Tiada Lampiran.