Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2019

29 Julai 2019 dan 31 Julai 2019

55) PROJEK TERBENGKALAI DI HULU SELANGOR

Tahun: 2019

Sesi: 2

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Puan Lee Kee Hiong

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Senaraikan projek terbengkalai yang masih belum mempunyai kontraktor ataupun pemaju penyelamat di Daerah Hulu Selangor.

    Untuk makluman Yang Berhormat, sehingga kini terdapat 13 projek yang masih belum mempunyai kontraktor ataupun pemaju penyelemat di Daerah Hulu Selangor. Senarai projek adalah seperti berikut:

     

    BIL NAMA PROJEK NAMA PEMAJU
     

     

    1.

     

    Projek Perumahan Desa Beruntung, RKR Setingkat, Mukim Ulu Yam

    Tetuan Prospell Development Sdn. Bhd. (Digulung)

     

    Pelikuidasi: Rabindra Singh & Associates

     

     

    2.

     

    Projek Perumahan Taman Lembah Beringin, PT 610, 6502, 863 & 864,

    Jalan Kerling, Mukim Sungai Gumut

    Tetuan Lembah Beringin Sdn. Bhd. (Digulung)

     

    Pelikuidasi: Ferrier Hodsgon MH Sdn Bhd

     

    3.

    Projek Perumahan Bandar Baru Serendah, 79 Unit Rumah Teres 1 Tingkat, Mukim Serendah  

    Tetuan Manco Sdn. Bhd.

     

    4.

    Projek Perumahan 400 Unit Rumah Teres Setingkat Di Fasa 16A, Bukit Sentosa 3, Di Atas Sebahagian Lot

    353 Dan 1729, Mukim Serendah,

     

    Tetuan Maxisegar Sdn. Bhd.

     

    5.

    Projek Pembesaran Kampung Desa Beringin Di atas Tapak Baru, Jalan Kampung Jawa, Batu Dua Kuala

    Kerling, Mukim Kerling

    Tetuan Modulex Sistem (M) Sdn. Bhd (digulung)

     

    Pelikuidasi : Jabatan Insolvensi Malaysia

     

    BIL NAMA PROJEK NAMA PEMAJU
     

     

    6.

    Projek Pemberimilikan Tanah Secara Terancang Di bawah Program Pembesaran Kampung Melayu Rasa Di Lot 1783, 109 Unit Rumah Banglo, Jalan Ampang Pechah, Mukim Rasa Tetuan Litar Jaya Sdn. Bhd. (Dibubarkan)

     

    Pelikuidasi: Jabatan Insolvensi Malaysia

     

    7.

    Projek Perumahan Tanah Lot Banglo No.2527 & 2528 dan 2529 & 2530

    (The Genting Valley), Jalan Desa Rening, Mukim Batang Kali

    Tetuan Jade San Reality Sdn. Bhd. (Digulung)

     

    Pelikuidasi :CRS Advisory Sdn Bhd

     

    8.

    Projek Pembesaran Kampung Koskan, 43 Unit Rumah Banglo Setingkat, Jalan Sungai Buaya, Sungai Choh, Mukim Serendah Tetuan Ehsanibu Sdn. Bhd. (Digulung)

     

    Pelikuidasi: Jabatan Insolvensi Malaysia

     

     

     

     

     

     

    9.

    Projek Pembesaran Kampung Mukim Serendah (Serendah Perdana), 130 Unit Rumah Berkembar 1 Tingkat Jenis A, 48 Unit Rumah Berkembar Jenis B, 40 Unit Rumah Berkembar 1 Tingkat Jenis C, 90 Unit Rumah Banglo 1 Tingkat Jenis D, 210 Unit Rumah Banglo 1 Tingkat Jenis E, 32 Unit Rumah Banglo 1 Tingkat Jenis F, 2 Unit Pencawang Elektrik & 1 Unit Surau Bagi Program Pembesaran Kampung Di atas Tanah Kerajaan Mukim Serendah, Daerah Hulu

    Selangor

    Tetuan Kamsu Sdn. Bhd.

     

    Pelikuidasi: Hall Chadwick Corporate Advisory Sdn Bhd

    10. Projek Erina Heights, Mukim Ulu Yam Tetuan Coral Vista Sdn. Bhd
     

     

    11.

    Projek Pembangunan Kedai Pejabat Di Bandar Bukit Beruntung (Super Taipan), 148 Unit Rumah Kedai Pejabat 4 Tingkat, HS(D)10770, Lot

    3244, Mukim Ulu Yam

    Tetuan Perwira Indra Sakti Sdn. Bhd. (Digulung – 20/6/2007)

     

    Pelikuidasi – HLB Ler Lum Sdn. Bhd.

     

    12.

    Projek Perumahan Di Atas Hakmilik Geran 39220, Lot 2496 Dan Geran

    39221, Lot 2565, Mukim Batang Kali

    Peninsular Park Sdn. Bhd. (Digulung)

     

    Pelikuidasi : En Chong Chuan Long

     

    13.

    Projek Perumahan Taman Impiana, 22 Unit Rumah Banglo Setingkat, Di Atas H.S.(M) 358, PT 671, Kampung Bharu Sejantung, Mukim Kuala Kalumpang  

    Oridua Construction Sdn. Bhd.

     

  2. Apakah langkah-langkah yang telah diambil oleh Kerajaan Negeri bagi menyelesaikan masalah Projek Pembesaran Kampung Jawa (Taman Desa Beringin) yang terbengkalai sejak 2001?

    Untuk makluman Yang Berhormat, Kerajaan Negeri melalui Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS) sentiasa berusaha memberikan komitmen dalam mengatasi masalah projek terbengkalai Pembesaran

    Kampung Jawa (Taman Desa Beringin).Sehubungan itu, beberapa langkah proaktif telah diambil oleh Kerajaan melalui LPHS bagi memastikan usaha pemulihan perumahan terbengkalai dapat disiapkan adalah seperti berikut:

    • Jawatankuasa Pemulihan Projek Terbengkalai (JPPT) bagi membincangkan dan mendapatkan kerjasama semua pihak dalam memulihkan projek terbengkalai. Jawatankuasa ini yang diurusetia oleh LPHS juga memainkan peranan penting dalam merangka pelan pemulihan disamping membuat penilaian semula projek terbengkalai sama ada projek tersebut berdaya maju dan boleh dipulihkan. LPHS sebagai agensi pemantauan senantiasa berusaha memastikan projek terbengkalai dapat dipulihkan dan seterusnya dapat disiapkan sehingga Sijil Layak Menduduki diperolehi. Keahlian JPPT (Jawatankuasa Induk) adalah seperti berikut:

     

    Bil. Jabatan / Ahli Catatan
    1. Y.B. EXCO Perumahan dan Kehidupan Bandar Pengerusi
    2. Y.B. Penasihat Undang-Undang Ahli Mesyuarat
    3. Pengarah Eksekutif

    Lembaga Perumahan Dan Hartanah Selangor

    Ahli Mesyuarat
    4. Pembantu EXCO Perumahan Dan Kehidupan Bandar Ahli Mesyuarat
    5. Jabatan Kerja Raya Ahli Mesyuarat
    6. Jabatan Perancang Bandar Dan Desa Ahli Mesyuarat
    7. Pejabat Tanah Dan Galian Selangor Ahli Mesyuarat
    8. Pejabat Tanah Dan Daerah Ahli Mesyuarat
    9. Pihak Berkuasa Tempatan Ahli Mesyuarat
    10. Panel Juru Ukur Bahan Ahli Mesyuarat
    11. Panel Jurutera Ahli Mesyuarat
    12. Panel Penilaian Ahli Mesyuarat
    13. Pemaju Ahli Mesyuarat
    14. Jabatan Insolvensi Malaysia / Pelikuidasi Swasta Ahli Mesyuarat

     

    Bil. Jabatan / Ahli Catatan
    15. Jawatankuasa Pembeli / Pembeli Rumah Ahli Mesyuarat
    16. Bank Ahli Mesyuarat

    LPHS berperanan bagi mengeluarkan surat pengesahan projek terbengkalai supaya pembeli dapat berurusan dengan pihak bank bagi menstrukturkan semula atau pengurangan bayaran bulanan daripada pembiaya atau

    • LPHS juga akan mencadangkan kepada Kerajaan Negeri tindakan- tindakan penguatkuasaan yang boleh diambil demi memastikan hak pembeli terhadap hartanah mereka terjamin. Tindakan perampasan tanah boleh dibuat sekiranya wujud pelanggaran peruntukan di bawah Kanun Tanah Negara 1965 seperti kegagalan membayar cukai tanah di bawah Seksyen 100 Kanun Tanah Negara (KTN) dan pelanggaran syarat di bawah Seksyen 129 Kanun yang

    Seperti Yang Berhormat sedia maklum pembelian sesebuah rumah atau hartanah adalah melalui perjanjian jual beli di antara pemaju dan pembeli. Dalam erti kata lain satu kontrak telah ditandatangani oleh kedua-dua belah pihak dan sekiranya berlaku “breach of contract” maka pihak terlibat perlu membawa kes mereka ke Mahkamah.

Lampiran

Tiada Lampiran.