Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2019
29 Julai 2019 dan 31 Julai 2019
53) PEKERJAAN YANG DICEBURI OLEH WARGA SELANGOR
Tahun: 2019
Sesi: 2
Isu: Pekerjaan
Adun: Y.B. Puan Jamaliah Binti Jamaluddin
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Sila senaraikan jenis-jenis pekerjaan yang diceburi golongan belia di Negeri Selangor.
JABATAN BELIA DAN SUKAN NEGERI SELANGOR
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, buat masa kini belum ada maklumat yang lengkap mengenai pengkhususan pekerjaan bagi belia di Negeri Selangor. Hasil dapatan pihak Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES) berdasarkan data Penduduk Bekerja Mengikut Industri Dalam Kalangan Belia (15-40 tahun) Bagi Tahun 2017 yang dijalankan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia melalui pendekatan isi rumah bagi seluruh rakyat Malaysia mendapati jenis-jenis pekerjaan yang diceburi oleh golongan belia mengikut tujuh industri keutamaan adalah seperti berikut:
Penduduk Bekerja Mengikut Industri Dalam Kalangan Belia (15-40 tahun) Bagi Tahun 2017
Bil. Industri Jumlah 1. Pembuatan 1,791,400 2. Perdagangan Borong Dan Runcit, Pembaikan Kenderaan Bermotor Dan Motosikal
1,768,200 3. Pertanian, Perhutanan Dan Perikanan 980,800 4. Penginapan Dan Aktiviti Perkhidmatan Makanan Dan Minuman 891,400 5. Pembinaan 811,500 6. Pendidikan 521,100 7. Pentadbiran awam dan pertahanan; aktiviti keselamatansosial wajib 473,600 -
Sekiranya mempunyai kajian, apakah jenis latihan kemahiran yang paling diperlukan oleh golongan anak muda di Selangor?
BAHAGIAN PENGURUSAN SUMBER MANUSIA (BPSM)
Program Latihan kemahiran yang dijalankan oleh Kerajaan Negeri melalui Program Inisiatif Kemahiran Teknikal dan Iktisas Smart Selangor (IKTISASS) adalah berdasarkan kajian yang telah dijalankan oleh Invest Selangor dalam memacu pembangunan ekonomi Negeri
Berdasarkan kepada kajian tersebut pelaksanaan Program IKTISASS bagi melatih sumber tenaga manusia dalam bidang kemahiran dijalankan berpaksikan 5 fokus industri di Negeri Selangor iaitu:
- Sains Hayat (Life Sciences);
- Makanan dan Minuman (Food dan Beverages);
- Elektrik & Elektronik (Electrical & Electronics);
- Jentera & Kejuruteraan (Machinery & Engineering);
- Pengangkutan & Peralatan (Transportation & Equipment);
Oleh itu, latihan yang dijalankan adalah berkonsepkan kursus persijilan jangka panjang dan persijilan jangka pendek yang berorentasikan keperluan industri dan apabila tamat latihan tersebut pelatih akan mendapat penempatan pekerjaan di industri di Negeri Selangor.