Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2019
29 Julai 2019 dan 31 Julai 2019
43) UNISEL
Tahun: 2019
Sesi: 2
Isu: Pendidikan
Adun: Y.B. Tuan Shatiri Bin Mansor
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Berapakah kos pembaikan ketika kerosakan beberapa tahun dahulu sehingga menyebabkan pelajar terpaksa berpindah ke Kota Puteri?
Kos Pembaikan kerosakan adalah sebanyak RM60 juta.
-
Adakah kos tersebut di atas ditanggung sepenuhnya oleh Kerajaan Negeri atau ianya dibebankan keapda UNISEL ?
Kos tersebut ditanggung sepenuhnya oleh Kerajaan Negeri Selangor dan UNISEL tidak dibebankan dengan tanggungjawab membayarnya.
-
Untuk penyelengaraan dengan baik dan cekap, tidakkah Kerajaan Negeri perlu memberi pembiayaan tahunan "CAPEX" dan "APEX"?
Untuk memastikan penyelenggaraan bangunan UNISEL dapat dibuat dengan baik dan cekap, Kerajaan Negeri Selangor akan memberi peruntukan tahunan melalui CAPEX dan OPEX berdasarkan permohonan daripada UNISEL. Pihak Kerajaan Negeri akan menapis permohonan itu dan akan memberi peruntukan yg sewajarnya sesuai dengan status universiti dan sebagai satu-satunya universiti milik Kerajaan Negeri Selangor.
Berkaitan dengan CAPEX, Kerajaan Negeri lazimnya memberi peruntukan bagi membolehkan pihak universiti mengurus hal ehwal pembangunan. Bagi OPEX pula, Kerajaan Negeri menggalakkan universiti supaya menjana pendapatannya sendiri.