Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2019

29 Julai 2019 dan 31 Julai 2019

41) SUMBANGAN KEPADA PRA-SEKOLAH “PRE-SCHOOL” (KERAJAAN DAN SWASTA) DI DUN KOTA DAMANSARA N39 OLEH KERAJAAN NEGERI SERTA AGENSI KERAJAAN (MBI DAN LAIN-LAIN)

Tahun: 2019

Sesi: 2

Isu: Pendidikan

Adun: Y.B. Tuan Shatiri Bin Mansor

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah nama penuh, alamat serta nombor (pejabat atau lain-lain) Pra-Sekolah tersebut untuk rujukan?

    JAWAPAN BELUM DITERIMA DARIPADA BAHAGIAN PENGURUSAN SUMBER MANUSIA (BPSM), SUK

  2. Berapa sumbangan yang telah dan akan diberikan kepada Pra-Sekolah di N39 untuk tahun ini dan 5 tahun yang lepas (2014-2018)?

    1. Smart Tahfiz Masjid UNISEL mula beroperasi sepenuh di dalam kampus UNISEL Bestari Jaya pada 31 Januari

    Tahun 2017

    Jumlah Calon SPM                : 48 orang

    Jumlah lulus                            : 38 orang Jumlah layak Masuk IPT       : 30 orang

    Tahun 2018

    Jumlah Calon SPM                : 109 orang

    Jumlah Lulus                          : 108 orang Jumlah layak masuk IPT       : 94 orang

    Tahun 2019

    Jumlah Calon  SPM               : 106 orang

    Jumlah lulus                            : peperiksaan belum berjalan Jumlah layak masuk IPT : peperiksaan belum berjalan

  3. Untuk apakah dan bila (jika ada) sumbangan tersebut diberikan ?

    Dewan Negeri Selangor telah meluluskan pembentangan Belanjawan 2018 oleh YAB Dato Menteri Besar Selangor (Dato’ Seri Azmin Ali) yang memperuntukan RM2.0 juta kepada program Smart Tahfiz UNISEL. Namun sepanjang 2018, pihak Smart Tahfiz hanya menerima RM500,000.00 sahaja. Sehingga ke hari ini, baki RM1.5 juta masih belum diterima. Bagi peruntukan 2018 yang diberikan ini, Smart Tahfiz Masjid UNISEL dapatlah melengkapkan beberapa kemudahan baru seperti berikut :

    • Bilik perpustakaan baru ;
    • Kantin sekolah yang baru;
    • Bilik guru yang baru;
    • Peralatan pejabat, kelas dan perabut untuk bilik guru baru (kerusi meja dan komputer);
    • Makmal komputer yang baru;
    • Latihan keguruaan (3 kali siri sejak 2018);
    • Sistem pendaftaran online dan protal prestasi pelajar khas untuk waris;
    • Bimbingan guru pakar untuk semua subjek aliran sains, perniagaan dan agama.;
    • Tambahan guru sepenuh masa yang ada ijazah keguruan terlatih.

    Adalah diharapkan dengan adanya baki peruntukan sebanyak RM1.5 juta itu, dapatlah perpustakaan baru dan makmal komputer dilengkapkan sepenuhnya.

     

Lampiran

Tiada Lampiran.