Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2019

29 Julai 2019 dan 31 Julai 2019

31) PENGUATKUASAAN PBT

Tahun: 2019

Sesi: 2

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Gunarajah A/l R George

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Mengapakah terdapat perbezaan di antara PBT dalam kerja-kerja penguatkuasaan walaupun tergolong dalam kategori Majlis Perbandaran?

    Tiada perbezaan dari segi pelaksanaan undang-undang kerana semua Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) menggunakan Akta dan Undang-Undang Kecil (UUK) yang sama. Walau bagaimanapun, mungkin terdapat beberapa kaedah/ cara penguatkuasaan berdasarkan polisi dan dasar PBT masing-masing serta arahan semasa yang dikeluarkan. Kaedah penguatkuasaan perlu disesuaikan mengikut populasi masyarakat, isu semasa dan persekitaran selagi tidak melanggari peraturan/ undang-undang yang digunapakai.

  2. Apakah tindakan yang dikenakan oleh Pihak Berkuasa Tempatan terhadap premis perniagaan yang beroperasi tanpa tong sampah?

    PBT mengenakan tindakan terhadap premis perniagaan yang beroperasi tanpa tong sampah di bawah

    1. Undang-Undang Kecil Pemungutan Dan Pembuangan Sampah Sarap 2007 iaitu “tidak menyediakan tong sampah yang mencukupi, bertutup dan mengikut jenis ditentukan dan diluluskan oleh pihak majlis serta diselenggara dengan ”

     

    1. Undang-Undang Kecil Pelesenan Tred Perniagaan dan Perindustrian iaitu “pemegang lesen hendaklah menyediakan tong sampah yang mencukupi seperti yang ditetapkan oleh pihak berkuasa sebagai mana untuk menyimpan sampah”
  3. Mampukah kerajaan Negeri membekalkan tong sampah kepada Majlis Perbandaran yang tidak mempunyai bajet?

    Kerajaan Negeri telah membekalkan lebih daripada 49,500 unit tong sampah bermula tahun 2015 hingga 2018 bukan sahaja PBT yang tidak mempunyai bajet malah kepada semua PBT Negeri Selangor. Walau bagaimanapun, sekiranya masih terdapat PBT yang tidak mempunyai Bajet yang mencukupi bagi    membekalkan   tong   sampah,    PBT    tersebut    boleh   mengemukakan permohonan kepada Kerajaan Negeri untuk pertimbangan sewajarnya.

Lampiran

Tiada Lampiran.