Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2019

29 Julai 2019 dan 31 Julai 2019

30) MASALAH ARAK

Tahun: 2019

Sesi: 2

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Gunarajah A/l R George

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah tindakan PBT untuk menangani isu penjualan arak di kedai serbaneka/runcit secara haram/tanpa lesen?

    Isu penjualan arak di kedai serbaneka/ runcit secara haram/ tanpa lesen adalah di bawah bidang kuasa pihak Jabatan Kastam Diraja Malaysia dan pihak Lembaga Pelesenan Eksais Pejabat Daerah dan Tanah. PBT hanya memberi sokongan kelulusan dan ulasan bagi premis perniagaan yang menjual minuman keras berdasarkan kesesuaian premis perniagaan tersebut di dalam kawasan pentadbiran PBT masing-masing.

  2. Adakah Kerajaan Negeri mempunyai perancangan untuk memberikan lesen kepada premis perniagaan untuk hanya menjual arak sahaja?

    PBT hanya melesenkan premis perniagaan bagi permohonan menjual minuman keras samada kategori runcit atau borong. Kelulusan lesen menjual minuman keras samada runcit atau borong pula di bawah bidang kuasa Pejabat Tanah dan Daerah Petaling tertakluk dengan syarat-syarat yang perlu dipatuhi.

  3. Adakah PBT mengambil tindakan serius ke atas premis-premis yang menjual arak selepas jam 9 malam?

    Premis-premis yang menjual arak perlu mematuhi syarat-syarat lesen/ permit jualan minuman keras yang telah ditetapkan terutamanya tempoh/ masa bagi jualan. Mana-mana premis yang melanggar syarat yang dikeluarkan boleh diambil tindakan oleh pihak PBT dengan tidak menyokong pembaharuan lesen untuk tahun berikutnya dan aduan akan dipanjangkan terus ke Pejabat Tanah & Daerah dan Kastam Malaysia merujuk kepada Seksyen 35 Akta Eksais 1976.

Lampiran

Tiada Lampiran.