Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2019

29 Julai 2019 dan 31 Julai 2019

29) GERAI-GERAI PBT

Tahun: 2019

Sesi: 2

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Chua Wei Kiat

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah tindakan yang telah ambil untuk menyelesaikan masalah gerai-gerai haram?

    Bagi menyelesaikan gerai-gerai haram ini, Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) telah membuka beberapa zon kawasan penjaja dan melesenkan semula penjaja yang berada di kawasan yang bersesuaian. PBT juga telah melaksanakan tindakan penguatkuasaan ke atas gerai-gerai haram termasuk:

    • Tindakan kompaun;
    • Tindakan notis;
    • Tindakan sitaan dan pindah alih;
    • Tindakan perobohan;
    • Tindakan pendakwaan; dan
    • Operasi bersepadu bersama agensi-agensi penguatkuasaan yang berkaitan.

    Tindakan penguatkuasaan dilaksanakan oleh Jabatan Penguatkuasaan dan Jabatan Bangunan dengan berdasarkan:

    1. Undang-undang kecil (UUK) Penjaja 2007, Peruntukan (3) “iaitu tindakan ke atas aktiviti perniagaan tanpa lesen daripada pihak berkuasa (Majlis)” dan Peruntukan (42) “memberi kuasa penyitaaan ke atas semua barangan dan peralatan ”

     

    1. Akta Jalan Parit Dan Bangunan 1974 (Akta 133) Seksyen 70 (1)” iaitu tindakan ke atas binaan (bangunan) yang dibina tanpa kebenaran pihak.

     

  2. Nyatakan jumlah gerai-gerai milik mengikut PBT.

    PBT Jumlah gerai yang telah dibina sejak tahun 2008
    MBSA 36 lokasi : 624 unit
    MBPJ 63 lokasi : 1,261 unit
    MPK 767 unit
    MPAJ 15 lokasi : 352 unit
    MPSJ 322 unit
    MPS 2,322 unit
    MPKj 489 unit
    MPSp 408 unit
    MDKL 1,482 unit termasuk petak Pasar Awam dan Pasar Pagi
    MDHS 5 lokasi : 86 unit
    MDKS 46 lokasi : 266 unit
    MDSB 1,288 unit premis merangkumi kedai, kiosk, pasar awam
  3. Nyatakan gerai-gerai PBT yang telah dibina sejak tahun 2008.

    Sama seperti di SUB (b)

Lampiran

Tiada Lampiran.