Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2019

29 Julai 2019 dan 31 Julai 2019

25) PENGOPERASIAN KUARI

Tahun: 2019

Sesi: 2

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Tuan Chua Wei Kiat

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Berapakah lesen yang telah diluluskan untuk pengoperasian kuari dengan mengikuti DUN?

    Data maklumat kuari yang diluluskan untuk pengoperasian kuari yang masih aktif di Negeri Selangor adalah seperti jadual di bawah :

     

    Kuari Di Bawah Pentadbir Tanah Daerah Selangor
    Bil. Daerah DUN Kelulusan Permit
     

    1.

     

    Hulu Langat

    Dusun Tua (N.23) 5
    Semenyih (N.24) 7
    Balakong (N.27) 3
    2. Gombak Rawang (N.14) 6
    3. Kuala Langat Sijangkang (N.51) 2
    4. Hulu Selangor Batang Kali (N.07) 1
    5. Kuala Selangor Jeram (N.12) 1
    Jumlah 25

     

     

    Kuari Di Bawah Pejabat Perhutanan Negeri Selangor (Rizab Hutan Simpan Kekal)
    Bil. Daerah DUN Kelulusan Permit
     

    1.

     

    Hulu Langat

    Dusun Tua (N.23) 1
    Semenyih (N.24) 1
     

    2.

     

    Gombak

    Kuang (N.13) 6
    Hulu Kelang (N.18) 1
    Jumlah 9

     

    * Sumber Rujukan daripada Jabatan Perhutanan Negeri Selangor

     

  2. Apakah impak positif dan negatif kepada Kerajaan atas penambahan aktiviti kuari?

    Antara impak positif adalah seperti :

    • Peningkatan kutipan hasil Kerajaan Negeri melalui kutipan royalti setiap pengeluaran bahan batuan granit/ kuari;

     

    • Pembukaan kawasan-kawasan baharu yang boleh dibangunkan pada masa-masa akan datang;

     

    • Sumber bahan batuan yang tinggi untuk permintaan pembangunan setempat;

     

    • Meningkatkan ekonomi penduduk di kawasan setempat melalui peningkatan peluang pekerjaan terutama dalam sektor pembuatan dan perindustrian;

     

    • Penyediaan infrastruktur dan kemudahan asas yang lebih baik; dan

     

    • Menggalakkan pemindahan teknologi dan kepakaran serta perkembangan R&D.

    Antara impak negatif adalah seperti :

    • Pencemaran habuk, bunyi dan gegaran terutama kawasan kuari berhampiran dengan perumahan; dan

     

    • Kemungkinan keadaan jalan keluar masuk lori berlaku kerosakan dan kekotoran yang membahayakan pengguna jalan raya, pertambahan bilangan lori yang boleh menyebabkan kesesakan

    Agensi-agensi teknikal yang terlibat sentiasa membuat pemantauan dan penguatkuasaan yang berterusan untuk meminimakan negatif ini dari semasa ke semasa.

  3. Bagaimana untuk memastikan aktiviti kuari tidak melakukan pencemaran yang menjejaskan kehidupan penduduk?

    Kerajaan Negeri telah menetapkan dasar dan perundangan bagi memastikan impak negatif (pencemaran) yang menjejaskan kehidupan penduduk dapat dikawal dengan baik. Selaras dengan matlamat Kerajaan Negeri untuk mengekalkan kelestarian alam sekitar, antara ketetapan yang telah disyaratkan kepada pengusaha-pengusaha kuari adalah seperti berikut :

    • Penetapan syarat-syarat Permit 4C (Seksyen 74 (a) KTN) yang ditetapkan melalui Pentadbir Tanah berkaitan;

     

    • Jabatan Mineral dan Geosains (JMG) adalah agensi mengawal segala aktiviti-aktiviti pengkuarian berdasarkan Skim Melombong yang telah diluluskan;

     

    • Jabatan Alam Sekitar (JAS) adalah agensi mengawal kesan alam sekeliling yang melibatkan aktiviti-aktiviti pengkuarian dengan syarat- syarat yang telah diluluskan melalui Laporan Kesan Alam Sekeliling (EIA);

     

    • Selangor Quarry Rules, 2003 adalah salah satu rujukan dan panduan yang digunakan bagi mengawal tatacara operasi

     

Lampiran

Tiada Lampiran.