Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2019

29 Julai 2019 dan 31 Julai 2019

20) PROJEK NAIKTARAF JALAN B27

Tahun: 2019

Sesi: 2

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Chua Wei Kiat

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Status permohonan progres naik taraf jalan B27 missing link

    Untuk makluman YB, Pihak Jabatan Kerja Raya Negeri Selangor telah menyediakan Brif Projek dan Anggaran Kos Projek untuk cadangan menaiktaraf B27 missing link tersebut. Untuk makluman YB, cadangan projek ini belum disenaraikan didalam senarai Projek RMK-11 disebabkan oleh jajaran tersebut masih di bawah Pemaju Rawang Project. Pihak Jabatan Kerja Raya Selangor sedang menyelaraskan perkara ini bersama Majlis Perbandaran Selayang (MPS) dan JKR Daerah Gombak berhubung peruntukan Tabung Amanah yang dicadang untuk diwujudkan bagi menaiktaraf jalan tersebut. Projek ini juga akan dicadangkan untuk dilaksanakan di dalam RMK-12.

  2. Apakah tindakan Kerajaan Negeri Selangor terhadap projek Naiktaraf Jalan B27 Fasa 2 yang kini mengalami kelewatan?

    Kerajaan Negeri Selangor memandang serius kepada kelewatan projek B27 Fasa 2 yang dilaksanakan oleh kontraktor Anjaria Properties Sdn Bhd. Beberapa langkah telah dilaksanakan oleh JKR Negeri Selangor seperti berikut;

    • Sub-kontraktor penyelamat telah masuk ke tapak pada awal Mei 2019 dan menyambung kerja-kerja kontraktor yang
    • Melaksanakan mesyuarat pemantauan 2 minggu sekali untuk memantau kemajuan kerja-kerja pihak
    • Memantau kerja-kerja yang perlu dilaksanakan
    • Membantu menyelesaikan isu-isu berkaitan kerja utiliti di dalam projek ini yang menyumbang kepada kelewatan projek selain daripada kelemahan pengurusan pihak

    Untuk makluman YB, kemajuan kerja semasa bagi projek di atas adalah 81% berbanding 90%.

Lampiran

Tiada Lampiran.