Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2019

29 Julai 2019 dan 31 Julai 2019

11) GERAI KERAJAAN NEGERI SELANGOR

Tahun: 2019

Sesi: 2

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Tuan Azmizam Bin Zaman Huri

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Adakah Kerajaan Negeri bercadang untuk menaiktaraf gerai-gerai PBT/Pejabat Daerah dan Tanah ke tahap yang lebih kondusif?

     Kerajaan Negeri Selangor melalui PBT menyambut baik hasrat atau cadangan untuk menaiktaraf gerai-gerai di bawah pengurusan PBT ke tahap yang lebih kondusif, bersih dan selamat serta kerja-kerja naiktaraf dilakukan secara berperingkat dengan menggunakan peruntukan PBT masing-masing.

     

  2. Adakah Kerajaan Negeri bercadang untuk menetapkan satu "standard design" dalam membina gerai-gerai milik kerajaan pada masa akan datang?

    Tiada reka bentuk atau piawaian bagi pembinaan gerai dan reka bentuk adalah bergantung kepada keluasan tapak dan keputusan mesyuarat teknikal/penyelarasan reka bentuk.

Lampiran

Tiada Lampiran.