Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2019

29 Julai 2019 dan 31 Julai 2019

10) SMART TAHFIZ UNISEL

Tahun: 2019

Sesi: 2

Isu: Hal Ehwal Islam

Adun: Y.B. Tuan Azmizam Bin Zaman Huri

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Berapakah jumlah had pelajar bagi setiap sesi pengambilan?

    Smart Tahfiz Masjid UNISEL boleh menampung sehingga 120 orang pelajar lelaki setiap kali pengambilan pelajar baru.

  2. Berapakah jumlah keseluruhan pelajar mengikut tahun 2016 sehingga kini?

    Jumlah pelajar :           2017               :    48 orang

    2018               : 120 pelajar

    2019               : 120 pelajar (belum selesai)

    Jumlah          : 288 pelajar

     

  3. Berapakah jumlah pelajar yang berjaya menyambung pelajaran ke peringkat pengajian tinggi mengikut bidang pengajian dan institut?

    Mengikut rekod, berikut adalah pecahan pelajar yang menyambung pelajaran selepas tamat pengajian di Smart Tahfiz UNISEL:

    • UNISEL 15    orang    (bidang    pendidikan   Islam,    TESL,                   Asasi,            dan Pengurusan Pentadbiran);
    • KUIS 60 orang (Pengajian Islam);
    • USIM 1 orang (Asasi Syariah Undang-Undang);
    • UiTM 3 orang;
    • IPG Alor Star 1 orang (Pendidikan);
    • UIA 1 orang (Asasi Kejuruteraan);
    • Rusia 1 orang (Perubatan);
    • USAS 1 orang (Pengajian Islam);
    • UNISHAMS 1 orang (Pengajian Islam);
    • Politeknik 1 orang;
    • Turki 1 orang (basaksehir arap dili islami ilimer akademisi);
    • Selebihnya bekerja dengan keputusan SPM yang mereka ada (imam ).

Lampiran

Tiada Lampiran.