Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2019
29 Julai 2019 dan 31 Julai 2019
1) PENTERNAKAN
Tahun: 2019
Sesi: 2
Isu: Industri Asas Tani
Adun: Y.B. Puan Rozana Binti Zainal Abidin
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Apakah cadangan penambahbaikan jangka pendek dan jangka panjang untuk sektor penternakan?
Penambahbaikan jangka pendek untuk sektor penternakan yang sedang dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri adalah seperti berikut :
Penambahbaikan Tujuan Skop Transformasi projek ternakan ruminan Meningkatkan produktiviti dan daya saing projek penternakan ruminan
Mengagihkan bantuan input-input penternakan seperti ternakan, peralatan, bahan binaan dan makanan ternakan.
Transformasi projek ternakan unggas dan bukan ruminan Meningkatkan produktiviti dan daya saing projek penternakan unggas dan bukan ruminan
Mengagihkan bantuan input-input penternakan seperti ternakan, peralatan, bahan binaan dan makanan ternakan. Transformasi projek industri asas ternak Meningkatkan produktiviti dan daya saing projek industri asas ternak
Mengagihkan bantuan input-input pusat pemprosesan seperti peralatan, bahan binaan, bahan mentah dan pembungkusan.
Penternakan Mesra Alam Menggalakkan kelestarian projek penternakan i. Menganjurkan kempen bagi penternakan tentang kepentingan dan kaedah penternakan mesra alam. ii. Kajian tentang penternakan mesra alam.
iii. Mengeluarkan dan memasarkan kepada penternak produk-produk
Penambahbaikan Tujuan Skop efektif mikrob (EM) yang mampu mengurangkan gejala pencemaran. Pembangunan Kompetensi Usahawan Meningkatkan pengetahuan usahawan penternakan dan industri asas tani
i. Menganjurkan latihan tentang teknologi baharu dan ulangkaji asas penternakan bagi penternak dan usahawan industri asas ternak. Pembangunan Genetik Ternakan Ruminan Meningkatkan mutu ternakan tempatan i. Pembiakan ternakan ruminan secara permanian beradas dengan benih ternakan bermutu tinggi. ii. Mengagihkan peralatan dan bahan pembiakan bagi membantu penternak melakukan sendiri pembiakan secara permanian beradas.
Penambahbaikan jangka panjang yang sedang dan bakal dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri adalah seperti berikut:
Penambahbaikan
Tujuan
Skop
Penempatan semula (Translokasi) penternak lembu, kerbau, kambing dan bebiri yang menghadapi masalah kawasan menternak
Menyelesaikan isu kacau ganggu akibat ternakan berkeliaran dan pencemaran berpunca daripada projek penternakan
i. Mengutamakan penternak yang mengamalkan sistem lepas bebas. ii. Mengutamakan penternak yang telah menerima notis tutup.
Pembangunan projek makanan ternakan Mengurangkan kos pengeluaran penternakan ruminan dan menggalakkan
penternakan secara intensif
Penanaman tumbuh-tumbuhan yang sesuai sebagai makanan ternakan seperti jagung, HBG, sorghum, azola dan sebagainya secara kerjasama dengan pihak swasta. Pembangunan projek penternakan secara klusterisasi Mewujudkan projek- projek penternakan baharu dan menyusun semula kedudukan projek- projek sedia ada ke
tempat yang lebih
Mewujudkan kluster-kluster baharu untuk lembu, kambing, bebiri, ayam dan arnab di seluruh Selangor. Penambahbaikan
Tujuan
Skop
sesuai supaya berdaya saing dan lestari
Penekanan kepada aspek pengeluaran induk bermutu tinggi dan pengeluaran ternakan pengganda Meningkatkan populasi ternakan bernilai tinggi (high value animal) i. Pembiakan ternakan secara permanian beradas dengan benih ternakan bermutu tinggi ii. Mewujudkan ladang-ladang pengganda komersial dan semi komersial
-
Berapakah peruntukan yang disediakan untuk mencapai sasaran penambahbaikan ini?
Peruntukan yang disediakan untuk mencapai sasaran penambahbaikan ini adalah seperti berikut:
Penambahbaikan
Belanja (Sebenar) 2018 (RM)
Peruntukan 2019 (RM)
Peruntukan (Anggaran) 2020 (RM)
Transformasi projek ternakan ruminan
876,957 993,000 725,000 Transformasi projek ternakan unggas dan bukan ruminan
347,227 650,000 350,000 Transformasi projek industri asas ternak
381,283 724,000 435,000 Penternakan Mesra Alam 19,800 620,000 20,000 Pembangunan Kompetensi Usahawan
98,107 100,000 100,000 Pembangunan Genetik Ternakan Ruminan
212,495 280,000 290,000 Penempatan semula (Translokasi) penternak lembu, kerbau, kambing dan bebiri yang menghadapi masalah kawasan menternak
319,700 1,560,300 Bergantung keluasan kawasan baharu yang diluluskan Pembangunan projek makanan ternakan
– Inisiatif swasta Inisiatif swasta Pembangunan projek penternakan secara klusterisasi
– Bergantung keluasan kawasan baharu
Bergantung keluasan kawasan baharu
-
Berikan beberapa contoh projek dikategorikan cemerlang yang telah dicapai.
Contoh projek-projek dikategori cemerlang yang telah dicapai:
Nama Keterangan projek Pengiktirafan Siti Fatonah binti Arbain (Akademi MJ Fatonah Sdn. Bhd.) Menternak 80 ekor lembu fidlot, 100 ekor kambing dan pelbagai jenis ternakan serta unggas lain bagi menyokong aktiviti latihan swasta di Akademi MJ Fatonah, Kg. Teluk Penyamun, Kuala
Selangor
Anugerah Penternak Jaya Peringkat Kebangsaan 2014 dan Anugerah Khas Perdana Menteri 2014
Saipol Azmir bin Zainuddin Menternak 800 ekor lembu, 50 ekor kerbau dan 150 ekor kambing secara intensif di Kg. Endah, Kuala Langat
Anugerah Peladang Jaya Peringkat Kebangsaan 2015 Dato’ Hj. Haris bin Embong (Arisprop Holding Sdn. Bhd.)
Menternak 80,000 ekor ayam kampung kacukan di Tanjung Dua Belas, Kuala Langat dan menjalankan loji pemprosesan burger pelbagai rasa dengan pengeluaran 4 tan sebulan di Inkubator IATn Jabatan Perkhidmatan Veterinar N. Selangor, Shah Alam
Anugerah Penternak Jaya Peringkat Negeri Selangor 2017 Dato’ Hj. Ishak bin Mat Arif Menternak 1,000,000 ekor ayam pedaging di Sg. Panjang, Sabak Bernam
–