Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2019
29 Julai 2019 dan 31 Julai 2019
295) PENGKOMERSIALAN HASIL UNISEL
Tahun: 2019
Sesi: 2
Isu: Pendidikan
Adun: Y.B. Tuan Rajiv A/l Rishyakaran
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah pencapaian terkini UNISEL dan pelajarnya untuk mengkomersialkan hasil R&D?
Pengkomersilan hasil R&D melalui penerbitan seperti berikut:
- Q-STEM-A: Menerokai Rahsia STEM Dalam AL-QURAN. Penulis: Muhammad Nazir bin Mohammed Khalid (ISBN: 978-967-15621-6-1), SHANANA PRODUCTION SDN. BHD. 2019.
- Smart al-Fatihah (SaF): Teknik Menguasai dan Memahami Cara Santai. Penulis: Muhammad Nazir bin Mohammed Khalid (ISBN: 978-983-3757-49-7), UNISEL PRESS 2019.
- Mudahnya Sifir. Penulis: Muhammad Nazir bin Mohammed Khalid (ISBN 978-967-86-0833-6), Alaf 21, Karangkraf, Nov 2017.
- Bijak Zikrullah. Penulis: Muhammad Nazir bin Mohammed Khalid (ISBN 978-967-86- 0691-2) , Karya Bestari, Karangkraf, Nov. 2016.
- Celik Doa. Penulis: Muhammad Nazir bin Mohammed Khalid (ISBN 978-967-86-0481-9), Karya Bestari, Karangkraf, ) April 2015.
- Pintar Al-Quran. Penulis: Muhammad Nazir bin Mohammed Khalid (ISBN 978-967-86-0418-5), Karya Bestari, Karangkraf, Julai 2013.
- Belajar Tajwid Dengan Berkesan. Penulis: Muhammad Nazir bin Mohammed Khalid (ISBN 978-983-124-661-0) Karya Bestari, Karangkraf, April 2011
- Solat Bestari. Penulis: Muhammad Nazir bin Mohammed Khalid (ISBN 978-967-86-0347-8Karya Bestari, Karangkraf, ) Jun 2010,
- Terjemahan Muqaddam (Juz Amma) Secara Lafziyah (Melayu- Inggeris-Jawi) Beserta Tajwid. Penulis: Muhammad Nazir bin Mohammed Khalid (ISBN 978-967-86-0333-1) Karya Bestari, Karangkraf, Julai 2009,
- Kaedah Pengajaran Smart Muqaddam. Penulis: Muhammad Nazir bin Mohammed Khalid (ISBN 978-967-86-0334- 8) Karya Bestari, Karangkraf, Sept 2009.
Potensi untuk mengkomersilkan:
Pusat Penyelidikan & Jaringan Industri (CRIL), UNISEL telah mengambil initiatif melaksanakan sesi pembentangan produk hasil penyelidikan UNISEL pada 1 Julai 2019 bersama pihak perunding harta intelek dan telah berjaya mengenal pasti 27 hasil penyelidikan para penyelidik UNISEL yang berpontesi ke arah pendaftaran/pemfailan harta intelek pada tahun 2019. Kini, pihak CRIL dalam usaha memohon peruntukan dana tambahan bagi Pendaftaran/pemfailan harta intelek tersebut. Senarai produk hasil penyelidikan adalah seperti dalam Lampiran 1.
-
Apakah usaha Kerajaan pada tahun 2019 untuk menggalakkan pelajar universiti mengkomersialkan hasil mereka?
Pihak UNISEL juga telah menghantar 3 pencalonan produk/teknologi tahun pengkomersialan Malaysia 2018 (MCY 2018) yang telah dianjurkan oleh pihak MESTECC pada 12 April 2018:
- Multi-M2M Controller (Real time monitoring and controlling device – IoT enablers) Eg: Flash flood; air quality; traffic/street lighting, etc. Ketua penyelidik Prof Madya Ts Dr Raja Mohd Tariqi b Raja Lope Ahmad (Keputusan MESTECC: Berpotensi untuk dikomersilkan dan pendaftaran perlindungan harta intelek sekiranya menerima dana bantuan dan tunjuk ajar bagi pengkomersilan produk).
- MYPARD (Pembangunan perisian untuk membantu proses pemulihan pesakit Parkinson). Ketua penyelidik Muhamad Fairus Abd Rauf (Keputusan MESTECC: Berpotensi untuk dikomersilkan dan pendaftaran perlindungan harta intelek sekiranya menerima dana bantuan dan tunjuk ajar bagi pengkomersilan produk).
- Aqua Herbs – Shrimps / Bio Herbs -Fish (Produk makanan udang/ikan dengan formulasi herba terpilih bagi meningkatkan sistem imuniti dan daya tahan penyakit). Ketua penyelidik Dr Siti Hasmah bt Mohtar (Keputusan MESTECC: Berpotensi untuk dikomersilkan dan pendaftaran perlindungan harta intelek sekiranya menerima dana bantuan dan tunjuk ajar bagi pengkomersilan produk).
Usaha-Usaha yang dijalankan:Pihak UNISEL telah berusaha dan merancang untuk menganjurkan dua aktiviti penyelidikan berkaitan pengkomersilan iaitu Persidangan Kebangsaan Pengajian Asasi dan Umum (PERSEPADU 2019) dan Intelectual Research and Innovation Showcase (IRIS 2019) yang akan menjadi platform bagi para penyelidik dan para pelajar UNISEL dan IPT lain yang akan berlansung pada bulan September dan Disember 2019.Pihak UNISEL juga telah berusaha menggalakkan para penyelidik untuk mengkomersilkan hasil penyelidik mereka dengan mengemukakan dokumen 3 kertas cadangan penyelidikan kepada pihak Pejabat Menteri Besar bagi mohon bajet peruntukan Kerajaan Negeri Selangor 2019. Kertas cadangan penyelidikkan ini berpotensi dalam pembangunan modal insan dan penglibatan para pelajar universiti. Dokumen tersebut telah disediakan melalui sesi sumbang saran, perbincangan dan bengkel di kalangan para penyelidik yang berpengalaman menjalankan penyelidikan dan mempunyai pengetahuan luar tentang tren penyelidikan dalam bidang masing-masing (27-29 Sep 2018). Bidang utama penyelidikan yang telah dikenal pasti adalah seperti berikut:Sekuriti makanan: Inisiatif jaminan makanan Selangor.Kesihatan dan kesejahteraan pintar: Pemberdayaan rakyat Selangor melalui teknologi sokongan kesihatan, pengurusan sosial dan persekitaran kesihatan bagi mencapai kualiti hidup optimum.Industri halal 4.0: Literasi dan pengintegrasiaan menyeluruh bagi perusahaan kecil dan sederhana (PKS) di negeri Selangor.