Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2019
29 Julai 2019 dan 31 Julai 2019
256) BANJIR KILAT
Tahun: 2019
Sesi: 2
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Tuan Zakaria Bin Hanafi
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah persediaan Kerajaan Negeri sekiranya berlaku banjir kilat?
Untuk makluman Yang Berhormat, Unit Pengurusan Bencana Negeri Selangor melalui Smart Selangor Command Centre (SSCC) sentiasa beroperasi dalam tempoh 24 jam setiap hari berperanan memantau semua stesen banjir dan paras air di Negeri Selangor. Selain itu juga, hebahan amaran cuaca daripada Jabatan Meteorologi Malaysia akan dipanjangkan kepada semua agensi dan Pegawai Daerah selaku Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah dan Yang Dipertua Pihak Berkuasa Tempatan sebagai langkah kesiapsiagaan. Sekiranya kejadian banjir kilat berlaku, Pihak Berkuasa Tempatan, Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Selangor, Jabatan Kerja Raya Negeri Selangor, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Selangor, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia Negeri Selangor dan Polis DiRaja Malaysia akan dimaklumkan dengan kadar segera untuk tujuan penyelarasan operasi bencana secara bersepadu. -
Nyatakan jumlah perbelanjaan bagi membantu mangsa banjir kilat dari 2016-2018 dalam kawasan Hulu Langat
Berikut adalah perincian perbelanjaan bagi membantu mangsa banjir kilat bagi tahun 2016 sehingga 2018 di kawasan Daerah Hulu Langat: TAHUN SUMBANGAN WANG IHSAN (RM) 2016 10,250.00 2017 – 2018 10,500.00 JUMLAH (RM) RM 20,750.00