Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2019

29 Julai 2019 dan 31 Julai 2019

247) PERUSAHAAN BARANGAN KITAR SEMULA

Tahun: 2019

Sesi: 2

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Azmizam Bin Zaman Huri

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Berapakah jumlah pengusaha perniagaan kitar semula yang berlesen dan tidak berlesen mengikut PBT?

    Jumlah pengusaha perniagaan kitar semula yang berlesen dan tidak berlesen mengikut PBT adalah seperti berikut :

     

    PBT PENGUSAHA PERNIAGAAN KITAR SEMULA BERLESEN PENGUSAHA PERNIAGAAN KITAR SEMULA TIDAK BERLESEN
    MBSA 16 26
    MBPJ 2 29
    MPK 39 41
    MPAJ 11 4
    PBT PENGUSAHA PERNIAGAAN KITAR SEMULA BERLESEN PENGUSAHA PERNIAGAAN KITAR SEMULA TIDAK BERLESEN
    MPSJ 20 Tiada rekod
    MPS 42 34
    MPKj 188 premis Tidak dapat dipastikan
    MPSp 3 0
    MDKL 15 2
    MDHS 6 0
    MDKS 9 0
    MDSB 1 0
    JUMLAH 352 136

    Nota : Sumber data daripada PBT

  2. Adakah Kerajaan Negeri mempunyai sebuah garis panduan yang jelas dan seragam dilaksanakan di semua PBT?

    Buat masa ini Kerajaan Negeri tidak mempunyai sebuah garis panduan yang jelas dan seragam untuk dilaksanakan di semua PBT Selangor.

  3. Apakah tindakan yang dikenakan terhadap pengusaha barangan kitar semula yang tidak berlesen?

    Tindakan yang dikenakan terhadap pengusaha barangan kitar semula yang tidak berlesen adalah seperti berikut :

     

    1. Tindakan kompaun
    2. Tindakan notis UUK Perlesenan Tred, Perniagaan &
    3. Tindakan sitaan Perindustrian
    4. Tindakan perobohan
    5. Operasi bersepadu bersama agensi-agensi penguatkuasaan

Lampiran

Tiada Lampiran.