Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2019
29 Julai 2019 dan 31 Julai 2019
235) BEKALAN IKAN
Tahun: 2019
Sesi: 2
Isu: Industri Asas Tani
Adun: Y.B. Tuan Mohd Zawawi Bin Ahmad Mughni
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Berapakah jumlah tangkapan ikan yang didaratkan di jeti Negeri Selangor dan adakah ianya mencukupi bagi memenuhi permintaan?
Jumlah pendaratan ikan di seluruh Negeri Selangor yang telah diisytihar oleh nelayan melalui Sistem e-Pengisytiharan Pendaratan Ikan Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia bagi tahun 2018 adalah sebanyak 80,707,004.09 kg. Manakala hasil pendaratan ikan bagi bulan Januari hingga Jun 2019 adalah sebanyak 36, 874,634.39 kg.
Bekalan ikan yang didaratkan adalah mencukupi dan memenuhi permintaan penduduk setempat. Walaubagaimanapun, memandangkan kepadatan penduduk yang tinggi, bekalan ikan turut disokong oleh kemasukan ikan dari luar melalui pasar-pasar borong yang ada di Negeri Selangor.
-
Apakah terdapat kaedah terkini bagi meningkatkan bekalan ikan?
Kaedah yang boleh meningkatkan bekalan ikan adalah melalui Projek Ternakan Ikan (Akuakultur) serta melalui Pembinaan Tukun Tiruan dan Unjam untuk dijadikan tapak pembiakan dan habitat pelbagai jenis ikan yang kebanyakannya diuruskan oleh Jabatan Perikanan Malaysia.
Jumlah tangkapan ikan yang didaratkan di jeti Negeri
Selangor untuk tahun 2016 sehingga 2018 di Negeri Selangor :
Daerah Tahun Jumlah ™ 2016 2017 2018 Klang 27,364.60 24,161.69 54,859.07 106,385.36 Kuala Langat 3,815.44 2,613.98 3,814.46 10,243.87 Kuala Selangor 20,201.73 25,538.65 22,576.80 68,317.17 Sabak Bernam 42,077.96 72,605.34 82,618.51 197,301.81 Sepang 0.00 597.62 441.44 1,039.06 Keseluruhan ™ 93,459.73 125,517.28 164,310.28 383,287.28 ii- Peningkatan penduduk di Negeri Selangor menyebabkan permintaan kepada bekalan ikan meningkat. Walaupun terdapat peningkatan jumlah pendaratan ikan oleh nelayan di negeri ini namun permintaan yang sentiasa tinggi menyebabkan bekalan ikan tidak mencukupi dan bekalan perlu di bawa masuk dari negeri-negeri berdekatan.
SISIPAN TAMBAHAN
Berikut data import ikan makan yang telah direkod oleh Pusat Perikanan Biosekuriti Selangor, KLIA :
BIL TAHUN JENIS IKAN KUANTITI (kg)
1. 2018 Ketutu 288,933.27 2. Ikan Sebelah 6,393.00 3. Stone Fish 76.50 4. Kelah 545.00 5. Ikan Belanak 409.60 6. Jade Perch 5,862.00 7. Baung 300,058.00 8. Kerapu 2,433.00 9. Siakap Putih 240,000.00 10. Puyu 28.00 11. Kap Rumput 30.00 12. Belut 45.00 Purata penggunaan ikan marin per kapita bagi 32 juta rakyat Malaysia ialah 61.8 kg per orang setahun (Sumber : Laporan Risikan Pasaran Tahunan 2017 Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia)
Terdapat beberapa kaedah terkini bagi meningkatkan bekalan ikan terutamanya Negeri Selangor antaranya adalah :
i- Sumber Perikanan Marin
Pihak jabatan mengambil inisiatif untuk meningkatkan sumber perikanan dengan cara menjalankan program melabuh tukun di sekitar daerah Negeri Selangor. Pada tahun 2018 pihak jabatan telah melabuh tukun di sekitar perairan Kuala Langat dan pada tahun ini (2019) satu lagi tukun akan di labuhkan disekitar perairan Kuala Langat di lokasi yang berbeza.
ii- Ternakan Ikan Akuakultur
Selain nelayan, penternak akuakultur juga antara penyumbang terbesar kepada peningkatan sumber bekalan ikan terutamanya di Negeri Selangor. Antara kaedah-kaedah yang dijalankan bagi meningkatkan bekalan ikan di Negeri Selangor dengan kaedah memberi bantuan makanan dan benih ikan yang berkualiti kepada penternak, bantuan peralatan akuakultur, mewujudkan kawasan lot kebun kerang di sekitar perairan Klang, Kuala Selangor dan juga Sabak Bernam.
Pihak Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia dan Jabatan Perikanan Malaysia menggalakkan usahawan penternak untuk terlibat dalam ternakan ikan akuakultur seperti ternakan ikan dalam sangkar dan kolam sebagai salah satu langkah meningkatkan sumber bekalan ikan dan mengurangkan kebergantungan kepada sumber ikan marin. Sebagai galakan bantuan akuakultur telah diberikan kepada penternak yang layak seperti bantuan benih ikan, bantuan peralatan, bantuan makanan ikan dan khidmat nasihat.
iii- Bantuan Peralatan
Bantuan peralatan kepada nelayan khususnya juga merupakan cara dan kaedah jabatan untuk meningkatkan hasil tangkapan kepada nelayan. Antara peralatan yang diberi kepada nelayan pada tahun 2018 adalah peralatan jaring, tong insulasi, GPS dan peralatan keselamatan. Pihak jabatan berharap bantuan-bantuan yang diberi kepada para nelayan dapat membantu menambah ekonomi nelayan seterusnya dapat meningkatkan bekalan ikan kepada pengguna.
Bagi sektor akuakultur, bantuan peralatan akuaklutur turut diberi kepada penternak seperti contoh pam air, tangki, blower, bahan binaan untuk projek-projek akuakultur selain itu benih ikan dan makanan ikan juga turut diberi untuk menggalakkan penternak meningkatkan lagi hasil ternakan ikan akuakultur terutamanya di Negeri Selangor.
iv- Program Pemeliharaan dan Pemuliharaan Sumber Perikanan
Program pelepasan benih ikan di sungai-sungai sekitar Negeri Selangor juga antara program-program yang telah dijalankan oleh pihak Jabatan Perikanan Negeri Selangor untuk membantu menambah sumber perikanan di Negeri Selangor.
Program menanam pokok bakau juga salah satu usaha Jabatan
Perikanan Negeri Selangor dalam menambahkan sumber perikanan marin dan juga kaedah untuk memulihara habitat perikanan terutama dikawasan konservasi perikanan marin. Program ini dijalankan setahun sekali di lokasi yang berbeza dan juga faktor semulajadi kawasan penanaman pokok bakau tersebut. Selain Jabatan Perikanan Negeri Selangor, pihak jabatan juga mengalu-alukan penglibatan agensi-agensi luar dan juga pihak berkuasa tempatan serta institut pengajian tinggi untuk terlibat sama dalam melastarikan kehidupan marin agar kekal terpelihara untuk generasi akan datang.
Selain juga pihak jabatan juga komited dalam melaksanakan penguatkuasaan di perairan negara dan juga menangani isu diantara nelayan tradisi dan nelayan komersil. Selain daripada menangani isu tersebut pihak jabatan perikanan komited dalam menangani isu peralatan yang tidak dilesekan oleh Jabatan Perikanan Malaysia sepertimana termaktub dalam Akta Perikanan 1985 iaitu peralatan jenis bubu naga, belat, pukat sorong dan juga mata keroncong pukat kurang daripada 35mm. (Sumber daripada : Buku Dasar Pelesenan, Jabatan Perikanan Malaysi
SISIPAN TAMBAHAN
Berikut merupakan antara bantuan peralatan perikanan kepada nelayan pada tahun 2018 :
- Nelayan
BANTUAN KERAJAAN NEGERI SELANGOR TAHUN 2018 BIL JENIS BANTUAN KUANTITI 1. Jaring Udang Tiga Lapis – 1 ½ Inci 1,200 Unit 2. Jaring Ikan Senangin – 2 ¾ Inci 630 Unit 3. Jaring Ikan Senangin – 4 Inci 1,520 Unit 4. Jaring Ikan Bawal 76 Unit JUMLAH 3,426 Unit BANTUAN KERAJAAN PERSEKUTUAN TAHUN 2018 BIL JENIS BANTUAN KUANTITI 1. Tong Insulasi 100 Liter – untuk nelayan zon A 395 Unit 2. Tong Insulasi 35 Liter – untuk nelayan darat yang aktif sahaja 93 Unit - Penternak Akuakultur
BANTUAN KERAJAAN NEGERI SELANGOR TAHUN 2018 BIL JENIS BANTUAN KUANTITI 1. Makanan Ikan Air Tawar 282 beg 2. Makanan Ikan Hiasan 3 beg 3. Peralatan Akuakultur – Generator 5 unit 4. Peralatan Akuakultur – Blower 14 unit 5. Peralatan Akuakultur – Pam 13 unit 6. Peralatan Akuakultur – Submersible Pam 7 unit 7. Bahan Binaan untuk Projek Akuakultur · Simen – 133 beg
· Batu Konkrit – 23 lori
· Pasir – 7 lori
· Pagar Dawai – 15 roll
L/S 8. Tangki 52 unit BANTUAN KERAJAAN PERSEKUTUAN TAHUN 2018 BIL JENIS BANTUAN KUANTITI 1. Bahan Binaan untuk Projek Akuakultur · Simen – 270 beg
· Tiang – 75 unit
· Pintu Pagar 10’ X 5’ – 1 unit
· Pintu Pagar 3’ X 5’ – 1 unit
· Rak Barang-Barang 2’ X 4’ X 8’ (3 tingkat) – 3 set
· Tirai Kayu 8’ X 7’
L/S SISIPAN TAMBAHAN
Berikut program pelepasan benih yang telah dijalankan di Negeri Selangor dari tahun 2018 sehingga Jun 2019 :
Bil Tahun Bilangan Program Pelepasan Benih Ikan di Sekitar Negeri Selangor (kali) Kuantiti (ekor) Pelepasan Benih Ikan 1. 2018 14 kali 303,050 ekor 2. 2019 (Jun) 8 kali 52,250 ekor JUMLAH 22 kali 355,300 ekor