Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2019
29 Julai 2019 dan 31 Julai 2019
233) MASALAH KILANG HARAM DI MERU
Tahun: 2019
Sesi: 2
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Tuan Mohd Fakhrulrazi Bin Mohd Mokhtar
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Berapakah kilang haram yang terdapat di dalam DUN Meru?
Terdapat sebanyak 85 buah kilang haram (78 lot) di kawasan DUN Meru.
-
Apakah tindakan yang telah diambil untuk mengatasi kilang haram ini?
Tindakan penguatkuasaan diambil di bawah peruntukan Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 (Akta 172) dan Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974 (Akta 133) serta Undang-undang Kecil Pelesenan Tred, Perniagaan dan Perindustrian (MPK) 2007.
-
Berapakah kilang haram di Meru yang telah diputihkan setakat ini?
Sebanyak 47 buah kilang haram telah diputihkan (telah memohon Kebenaran Merancang).