Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2019
29 Julai 2019 dan 31 Julai 2019
228) ISU KEBAKARAN AKIBAT LITAR PINTAS
Tahun: 2019
Sesi: 2
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Azmizam Bin Zaman Huri
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Berapa kes kebakaran yang berlaku mengikut daerah, kes kematian dan puncanya?
-
Apakah usaha bagi mengatasi masalah tersebut khususnya kes litar pintas?
-
Apakah garis panduan dan kekerapan pemeriksaan berkala dilakukan oleh pihak berwajib terhadap kilang-kilang memproses produk beracun dan gas-gas merbahaya?
Jabatan Alam Sekitar menjalankan pemeriksaan berkala terhadap premis-premis yang tertakluk di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan tindakan akan diambil berdasarkan kepada peruntukkan yang sedia ada dalam Akta berkenaan dan Prosedut Tetap Operasi (SOP) yang telah ditetapkan oleh Jabatan ini. Kekerapan pemeriksaan berkala adalah berdasarkan kepada perancangan di awal tahun dan kekerapan tersebut akan ditambah berdasarkan kepada keperluan contohnya operasi penguatkuasaan bersepadu, aduan yang diterima, kes-kes berulang dan sebagainya.