Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2019

29 Julai 2019 dan 31 Julai 2019

224) INSTITUT WANITA BERDAYA (IWB)

Tahun: 2019

Sesi: 2

Isu: Wanita & Keluarga

Adun: Y.B. Puan Rozana Binti Zainal Abidin

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Senaraikan Ahli Lembaga Pengarah Institut Wanita Berdaya (IWB) bagi tahun 2019.

    1. Senarai Ahli Lembaga Pengarah Institut Wanita Berdaya (IWB) Selangor 2019 adalah seramai tujuh (7) orang seperti maklumat berikut :
    BIL. NAMA JAWATAN YANG DISANDANG TERKINI JAWATAN
    1 YB Puan Juwairiya Binti Zulkifli ADUN Bukit Melawati Pengerusi
    2 YB Puan Haniza Binti Talha Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri

    Exco Perumahan dan Kehidupan Bandar

    Ahli Lembaga Pengarah
    3 YB Puan Dr. Daroyah Binti Alwi Timbalan Speaker

    Dewan Negeri Selangor &

    ADUN Sementa

    Ahli Lembaga Pengarah
    4 YB Puan Lee Kee Hiong ADUN Kuala Kubu Bharu Ahli Lembaga Pengarah
    5 Datin Hajah Sharifah Salmah Binti Syed Agil Ketua Srikandi PPBM Negeri Selangor Ahli Lembaga Pengarah
    6 Puan Rawiyiah Binti Zakaria Ahli Majlis MPKj Ahli Lembaga Pengarah
    7 Puan Siti Kamariah Binti Ahmad Subki Ketua Pegawai Eksekutif

    IWB Consultancy Sdn Bhd

    Ahli Lembaga Pengarah
  2. Berapakah peruntukan yang telah diberikan kepada IWB untuk tempoh 2018 - 2019?

    Peruntukan yang telah disalurkan dan diterima oleh IWB Selangor bagi tempoh 2018 sehingga 2019 adalah adalah seperti berikut :

    2018 – RM1,724,605.00; dan

    2019 – RM1,723,444.00 (sehingga 22 Julai 2019).

  3. Apakah peranan IWB dalam membantu PWB di setiap DUN dan apa manfaat kepada wanita luar bandar?

    Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, IWB Selangor berperanan dalam membantu Pusat Wanita Berdaya (PWB) menyediakan perancangan dan pengisian modul latihan yang dijalankan oleh PWB. Tahun ini PWB telah bergerak dari latihan berasaskan kemahiran kepada latihan berasaskan pengetahuan. Modul dan senarai penceramah yang disediakan oleh IWB Selangor meliputi skop ekonomi, politik dan sosial. Wanita luar bandar mendapat pengetahuan dan dapat mengaplikasikan pengetahuan yang dipelajari dari siri latihan PWB dalam kehidupan seharian mereka.

    IWB Selangor juga menyediakan kerangka dan konsep Program Wanita Berdaya Selangor (WBS) yang bakal dilancarkan pada 21 Ogos 2019 oleh Yang Amat Berhormat Dato’ Menteri Besar. Program ini bersifat kursus dan projek lapangan dalam tempoh dua (2) tahun bagi memberi persediaan untuk golongan wanita mengisi kepimpinan politik dan sosial selaras dengan Matlamat 4 dalam Dasar Wanita Selangor 2017-2020 iaitu Mempercepatkan Penyertaan, Perwakilan dan Pembuatan Keputusan Dalam Kehidupan Awam dan Politik Dalam Kalangan Wanita. Penyertaan dibuka kepada Penyelia PWB dan orang awam yang berminat menambah kemahiran masing-masing. Program ini merupakan anjuran bersama Jawatankuasa Tetap Kesihatan, Kebajikan, Pemberdayaan Wanita dan Keluarga Kerajaan Negeri Selangor, Institut Wanita Berdaya (IWB) dan Pusat Wanita Berdaya (PWB).

Lampiran

Tiada Lampiran.