Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2019
29 Julai 2019 dan 31 Julai 2019
222) STATISTIK WANITA SELANGOR
Tahun: 2019
Sesi: 2
Isu: Wanita & Keluarga
Adun: Y.B. Puan Elizabeth Wong Keat Ping
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Berapa bilangan jumlah Wanita yang duduk di Negeri Selangor? Sila senaraikan mengikut daerah.
Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat dan Dewan yang mulia ini, jumlah wanita yang duduk di Negeri Selangor adalah seramai 3.05 juta (2017), 3.10 juta (2018) dan 3.15 juta (2019). Statistik penduduk wanita di Selangor mengikut DUN adalah seperti di Jadual 1.
Jadual 1: Unjuran Penduduk (Semakan Semula) mengikut daerah pentadbiran, 2017-2019
(000’) Negeri/DP/Jantina 2017 2018 2019 PEREMPUAN Selangor 3,051.8 3,102.4 3,151.6 Gombak 385.1 391.8 398.2 Klang 465.3 472.7 479.8 Kuala Langat 125.4 127.6 129.7 Kuala Selangor 119.2 121.4 123.5 Petaling 1,025.1 1,041.6 1,057.7 Sabak Bernam 60.8 61.9 63.0 Sepang 114.6 116.6 118.6 Ulu Langat 644.5 655.1 665.4 Ulu Selangor 111.7 113.7 115.6 -
Berapa jumlah wanita yang duduk di kawasan perbandaran dan di luar bandar/desa?
Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat dan Dewan yang mulia ini, jumlah wanita yang tinggal di kawasan bandar di Selangor adalah seramai 2.84 juta orang (2017), 2.89 juta orang (2018) dan 2.94 juta orang (2019). Bagi jumlah wanita yang tinggal di kawasan luar bandar adalah seramai 212.6 ribu orang (2017), 209.7 ribu orang (2018) dan 206.7 ribu orang (2019). Statistik penduduk wanita di Selangor mengikut bandar dan luar bandar adalah seperti di Jadual 2.
Jadual 2: Penduduk perempuan mengikut strata, Bandar dan Luar Bandar, Selangor, 2017-2019
(‘000) Negeri/Jantina/Strata 2017 2018 2019 PEREMPUAN JUMLAH Selangor 3,051.8 3,102.4 3,151.6 BANDAR Selangor 2,839.2 2,892.7 2,944.9 LUAR BANDAR Selangor 212.6 209.7 206.7 -
Berapa daripada jumlah wanita yang telah habiskan sekolah menengah berbanding dengan lelaki di Selangor?