Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2019

29 Julai 2019 dan 31 Julai 2019

215) LOJI RAWATAN AIR

Tahun: 2019

Sesi: 2

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Zakaria Bin Hanafi

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Nyatakan secara terperinci hasil kajian berkaitan pembangunan Loji Rawatan Air Sungai Semenyih.

    Terdapat dua (2) Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Semenyih, iaitu  LRA Semenyih 1 dan LRA Semenyih 2.  LRA Semenyih 1 terletak di hilir Sungai Semenyih dan  dibina pada 1986. Manakala LRA Semenyih 2 dibina oleh Kerajaan Negeri Selangor pada tahun 2016 dan mula dioperasikan oleh Pengurusan Air Selangor  Sdn. Bhd. (Air Selangor) pada 01 Mac 2018 dengan pengeluaran air terawat sebanyak 100 JLH.  Kos pembangunan LRA Semenyih 2 adalah sebanyak RM185.6 juta merangkumi kos pembinaan sebanyak RM173.0 juta , Kos Pengambilan Balik Tanah sebanyak RM4.0 juta dan Bayaran Caj Sambungan TNB sebanyak RM 8.6 juta.

  2. Nyatakan kos yang telah digunakan dalam kajian tersebut

    Sama seperti di SUB (a)

Lampiran

Tiada Lampiran.