Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2019
29 Julai 2019 dan 31 Julai 2019
212) PENGIKTIRAFAN UEC
Tahun: 2019
Sesi: 2
Isu: Pendidikan
Adun: Y.B. Tuan Chua Wei Kiat
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Berapa bilangan mahasiswa yang telah menerima oleh UNISEL dan KUIS dengan kelayakan sijil UEC?
UNISEL ada membuat beberapa tawaran kemasukan terhadap pemohon yang menggunakan sijil UEC tetapi pemohon berkenaan tidak datang mendaftar diri.
Sebagai usaha proaktif bagi program yang melibatkan kaum Cina, UNISEL telah mengadakan beberapa kunjungan ke kawasan yang majoritinya kaum Cina seperti ke Pulau Ketam dan kawasan Dewan Undangan Negeri Sungai Pelek bagi tujuan memperkenalkan UNISEL kepada komuniti setempat.
Bagi menunjukkan komitmen UNISEL terhadap kaum Cina, ditubuhkan Persatuan Bahasa Mandarin bagi memberi nilai tambah kepada skil mahasiswa UNISEL terutama penguasaan Bahasa tambahan. Selain itu bagi memberi ruang untuk UNISEL menyumbang ke dalam komuniti secara lebih holistik terutama merentas batasan kaum.
- Setakat ini pihak Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) belum menerima sebarang permohonan daripada calon-calon yang memiliki kelayakan Sijil Unified Examination Certificate (UEC) atau Sijil Peperiksaan Bersama walaupun terdapat ketetapan syarat oleh pihak Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) bagi penawaran program di peringkat Diploma dan Ijazah Sarjana Muda KUIS.
Terdapat 4 program yang menyatakan keperluan kepada syarat UEC iaitu:
- Ijazah Sarjana Muda Teknologi Maklumat (Teknologi Rangkaian) (Kepujian)
- Ijazah Sarjana Muda Bahasa Inggeris sebagai Bahasa Kedua dengan
Multimedia (Kepujian)
- Diploma Multimedia
- Diploma Sains Komputer
Namun demikian, sehingga kini, tiada calon lepasan UEC membuat permohonan kemasukan ke KUIS.
-
Apakah pendirian kerajaan Negeri Selangor berkenaan pengikytirafan sijil UEC?
Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) yang ke 33/2015 pada 21 Oktober 2019 dan telah disahkan pada pada 28 Oktober 2015 telah memutuskan dan meluluskan cadangan mempelbagaikan syarat-syarat kelayakan kemasukan ke institusi pengajian tinggi di bawah kerajaan negeri seperti Universiti Selangor (UNISEL) dan Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS).