Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2019
29 Julai 2019 dan 31 Julai 2019
173) KEMPEN MINAT MEMBACA
Tahun: 2019
Sesi: 2
Isu: Pendidikan
Adun: Y.B. Tuan Mohd Zawawi Bin Ahmad Mughni
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah usaha yang telah dan akan dilakukan oleh Kerajaan Negeri dalam memastikan kempen minat membaca ini diteruskan?
Kerajaan Negeri sentiasa berusaha dalam memastikan kempen minat membaca dengan melaksanakan program dan aktiviti yang berterusan melalui pendekatan seperti berikut:
Senarai Program/Aktiviti yang telah dilaksanakan (Januari – Mei 2019)
BIL. SENARAI PROGRAM/AKTIVITI TARIKH JUMLAH PENYERTAAN (ORANG) 1 Pesta Buku Selangor 2019 28 Februari – 10 Mac 2019 498,646 2 Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2019 : Selangor Negeri Tamu 29 Mac – 7 April 2019 9,436 3 Program JOM BACA untuk 10 MINIT : Selangor 23 April, 2019 1,187,357 4 Dialogue@Shah Alam Siri 1 : Penjawat Awam 3 Mei 2019 600 5 Program World Kids #Quran Hour 22 Mei 2019 3,500 6 Program World #Quran Hour 30 Mei 2019 35,219 7 Seminar Skor A : SMK TTDI Jaya, Shah Alam 28 – 30 Januari 2019 390 8 Bengkel Numerologi dan Parenting bersama Guru Kaunseling, PPD Petaling Perdana 19 – 20 Februari 2019 130 9 Majlis Apresiasi dan Perlantikan Pegawai Teknikal JPN Selangor 2019 21 Februari 2019 60 10 A Night at The Library: Islam & The Pursuit of Knowledge collaboration with SEMAI Group 23 – 24 Februari 2019 160 11 Program dan Aktiviti Perkhidmatan Pustaka Raja Tun Uda, Shah Alam Januari – Mei 2019 / 328 Aktiviti 12,753 12 Program dan Aktiviti SMART MOBILE LIBRARY (SML) Januari – Mei 2019 / 34 Program 6,384 13 Program dan Aktiviti Perkhidmatan Rangkaian Perpustakaan Januari – Mei 2019 / 4,954 Aktiviti 181,408 JUMLAH KESELURUHAN PROGRAM/AKTIVITI 5,326 AKTIVITI 1,906,396 Program yang akan dilaksanakan Julai hingga Disember 2019
Bil Program Dan Aktiviti Tarikh 1 Festival Buku Dan Kanak-Kanak (FESBUK) 2019. 5 – 7 Julai 2019 2 My School Goals International Festival 29 Julai 2019 3 Minggu Sains Negara Peringkat Negeri 2-8 Ogos 2019 4 Memori Kemerdekaan 16 Ogos 2019 5 Pesta Buku Mini -Daerah 29 Ogos 2019 6 Literasi Maklumat bersama Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Selangor (BTPNSEL) sempena Anugerah NILAM Negeri Selangor 27 Ogos 2019 7 #Merdeka Quran Hour 30 Ogos 2019 8 Bulan Bahasa Kebangsaan 26 Oktober 2019 Perpustakaan akan meneruskan jalinan kerjasama dengan pelbagai institusi kerajaan, swasta dan badan bukan kerajaan serta berganding bahu melaksanakan program/aktiviti galakan membaca dengan lebih kreatif. Program promosi dan publisiti akan ditambah, kerana peranan media massa khususnya media elektronik dan media cetak penting dalam membantu meningkatkan keberkesanan program dan aktiviti yang dijalankan.
Di samping program-program ini, Kerajaan Negeri mengalu-alukan semua agensi kerajaan bekerjasama dengan PPAS agar dapat meningkatkan lagi budaya membaca di kalangan masyarakat, melalui program/aktiviti galakan membaca yang lebih kreatif.
-
Apakah usaha Kerajaan dalam memupuk minat membaca di kalangan masyarakat luar bandar?
Kerajaan Negeri sentiasa berusaha dalam memastikan minat membaca di kalangan masyarakat luar bandar.
- Jumlah aktiviti yang dijalankan pada tahun 2018 adalah 8,455 aktiviti dengan penglibatan sebanyak 1,959,207 orang. Antaranya Program Jom Baca Bersama untuk 10 Minit / Let’s Read Together for 10 Minutes (Seluruh Selangor), World #Quran Hour 2018, Program Sambutan Hari Malaysia dan Mini Karnival Pendidikan Parlimen Sg. Besar 2018 dan program-program lain di semua peringkat.
- Pada tahun 2018, PPAS telah membeli sebanyak 7,875 judul buku bersamaan 133,345 naskhah.
- Sebanyak 104 buah perpustakaan dibawah pentadbiran Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor dengan 53 buah daripadanya telah dinaik taraf dan dilengkapi dengan kemudahan seperti :-
- Bilik seminar dan Bilik perbincangan
- Perkhidmatan multimedia
- Internet dan WIFI percuma
- Koleksi terkini
- Penghawa dingin
- Bilik laktasi
- Ruang kanak-kanak
- Gelanggang serbaguna
Semua kemudahan ini bagi memupuk minat membaca dikalangan masyarakat luar bandar dan menjadikan relevan untuk semua golongan masyarakat.
Sebanyak 3 buah perpustakaan bergerak daripada 8 buah perpustakaan beroperasi dikawasan luar Bandar iaitu daerah Sabak Bernam, Hulu Selangor/Sepang dan Klang/ Kuala Langat. Antaranya Felda Gedangsa, Felda Sg Tengi dan Felda Soeharto dii Hulu Selangor dan Kg Bukit Canggang dan Rancangan Tanah Belia Bukit Canggang di daerah Kuala Langat serta Rancangan Tanah Belia 11, Sg. Panjang dan Parit 13, Tok Khalifah di kawasan Sabak Bernam. Manakala 5 buah lagi beroperasi di kawasan B40 Bandar.
-
Apakah usaha Kerajaan dalam memartabatkan Bahasa Melayu?
Usaha Kerajaan dalam memartabatkan Bahasa Melayu:-
- PPAS sentiasa menyokong dasar kerajaan dalam memartabatkan Bahasa Melayu melalui kerjasama Dewan Bahasa dan Pustaka, dengan menganjurkan program Bulan Bahasa.
- Melalui agenda pencerahan pula, Kerajaan Negeri Selangor telah pun memulakan inisiatif terjemahan karya agung antarabangsa daripada pelbagai bahasa ke dalam bahasa Melayu sejak tahun 2015. Sehingga kini, sebanyak 29 judul buku karya agung telah diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu dan sebanyak 37 buku karya agung dan buku terjemahan telah diaudiokan ke dalam bahasa melayu.
- PPAS mempunyai sejumlah 709,160 naskhah buku dalam bahasa Melayu daripada jumlah besar koleksi sebanyak 1,040,440 naskhah dari tahun 2010-2018.