Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2019

29 Julai 2019 dan 31 Julai 2019

165) PEMBUANGAN SAMPAH SECARA HARAM

Tahun: 2019

Sesi: 2

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Tuan Chua Wei Kiat

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Nyatakan tindakan yang diambil oleh kerajaan Negeri Selangor untuk mencegah tindakan pembuangan sampah secara haram di tanah kosong, terutamanya pada waktu tengah malam.

    Antara tindakan yang diambil oleh PBT bagi mencegah tindakan pembuangan sampah secara haram di tanah kosong terutamanya pada waktu tengah malam adalah PBT menubuhkan sebuah unit bagi menjalankan:-

    • Pengintipan;
    • Melaksanakan rondaan dan pemantauan secara berkala di lokasi hotspot;
    • Membuat siasatan dan penyamaran di kawasan hotspot;
    • Mengenakan kompaun ke atas pesalah dan menyita lori yang digunakan sekiranya berjaya diberkas; dan
    • Melaksanakan kawalan statik di kawasan pintu masuk kawasan pembuangan.
  2. Adakah kerajaan akan merancang untuk mengunakan CCTV untuk mencegah pembuangan sampah haram?

    PBT telah pun memulakan penggunaan sistem kamera litar tertutup (CCTV) sebagai salah satu alat bantuan pemantauan dan rondaan dalam mencegah aktiviti pembuangan sampah secara haram. CCTV tersebut khas untuk diletakkan secara mobile atau statik di lokasi hotspot atau daripada aduan awam. Walau bagaimanapun, penggunaan CCTV tersebut adalah terhad dan bergantung kepada peruntukan PBT masing-masing kerana ia digunakan secara kontrak atau sewaan. Jumlah keseluruhan CCTV yang dipasang oleh PBT adalah sebanyak 48 unit seperti pecahan berikut:-

    BIL. PBT Bilangan CCTV
    1. MBSA 18
    2. MBPJ 10
    3. MPS 10
    4. MPSJ 6
    5. MPK 4
    6. MPKj Tiada
    7. MPSp Tiada
    8. MDKS Tiada
    9. MDKL Tiada
    10. MDHS Tiada
    11. MPAJ Tiada
    12. MDSB Tiada
    Jumlah 48

    *Sumber: Semua PBT Negeri Selangor

Lampiran

Tiada Lampiran.