Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2019

29 Julai 2019 dan 31 Julai 2019

123) PROJEK TALIAN PENGHANTARAN 500KV TNB PMU TAPAH-BENTONG SOUTH

Tahun: 2019

Sesi: 2

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Puan Lee Kee Hiong

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Adakah Kerajaan Negeri mempunyai maklumat terkini mengenai Projek Talian Penghantaran 500kV dari PMU Tapah ke PMU Bentong South di bahagian Hulu Selangor? Jika ya, nyatakan butir-butirnya.

  2. Nyatakan status terkini kerja-kerja pembalakan di kawasan HSK laluan projek TNB ini.

    MMKN Ke-3/2019 yang bersidang pada 30 Januari 2019 telah meluluskan cadangan pindaan jajaran Talian Penghantaran 500 KV TNB yang merentasi Sungai Chiling (Santuari Ikan Kelah). Selain itu, terdapat beberapa keputusan lain bagi kerja-kerja pembalakan berkaitan projek jajaran talian ini.

    Selain itu, bagi mempertingkatkan langkah-langkah mitigsai terdapat beberapa syarat yang perlu dipatuhi oleh kontraktor penebang balak yang dilantik seperti wajib mendapatkan kelulusan Laporan Penilaian Impak Alam Sekeliling (EIA) yang meliputi aspek-aspek seperti Land Distrubun,  Pollution Prevention, Mitigasion Measure. Item-item yang disyaratkan adalah seperti jarak lebar rintis (Right of Way) adalah 70 meter sahaja, tidak dibenarkan sebarang penebangan kayu balak pada jarak tidak kurang 20 meter dari tepi sungai (zon penampan) serta pembinaan pencawang menara tidak kurang 100 meter. Selain itu, Jawatankuasa dipanggil Environmental Performance Monitoring Community (ahli-ahlinya terdiri daripada wakil JAS, JPNS, TNB, PBT dan agensi berkaitan) yang akan memantau dan menilai pematuhan petunjuk-petunjuk di dalam langkah-langkah mitigasi yang telah ditetapkan.

    Pelaksanaan kerja-kerja penebangan dan pembersihan di kawasan HSK di bawah projek jajaran talian penghantaran TNB PMU Tapah Bentong-South ini masih belum dilaksanakan. Kerja-kerja penebangan dan pembersihan di kawasan projek ini akan dijangka dilsaksanakan pada Disember 2019. Sekiranya kerja-kerja dilaksanakan kayu-kayu balak tersebut akan dipotong menjadi pendek dan hanya ditinggalkan sahaja di dalam kawasan HSK tersebut.

Lampiran

Tiada Lampiran.