Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2019

29 Julai 2019 dan 31 Julai 2019

116) MENJANA PENDAPATAN RAKYAT

Tahun: 2019

Sesi: 2

Isu: Kebajikan

Adun: Y.B. Tuan Ronnie Liu Tian Khiew

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah perancangan Kerajaan Negeri khususnya bagi menjana pendapatan tambahan rakyat, selepas beberapa program IPR ditarik balik?

    Ramai dikalangan Ahli Dewan Negeri telah membangkitkan mengenai Penjajaran Inisiatif Peduli Rakyat (IPR) yang merupakan salah satu inisiatif Kerajaan Negeri masa kini. Inisiatif Peduli Rakyat (IPR) adalah penjenamaan semula Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES) yang dilaksanakan sejak 10 tahun yang lalu.

     

    Retreat EXCO 2018 pada 13 hingga 16 Ogos 2018 telah memutuskan Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) untuk membentangkan keberkesanan dan keperluan penjajaran program IPR dengan mengambil kira perkara seperti berikut :

     

    1. i) Penekanan konsep daripada pemberian kepada pengupayaan (empowerment);
    2. ii) Penekanan kepada program-program kesedaran; dan

    iii)        Fokus kepada kumpulan sasar yang tepat.

     

    Berdasarkan Ucapan Belanjawan 2019 pada 23 November 2018 telah diumumkan bahawa agenda pelaksanaan program-program IPR akan diteruskan secara lebih holistik dan tidak hanya menyajikan pemberian bantuan kebajikan dan simpati semata-mata tetapi memberi daya melalui pemerkasaan kepada penerima manfaat IPR di Selangor.

     

     

     

     

    Selain itu, penjajaran IPR juga akan mengambil kira perkara seperti berikut:

     

    1. i) Penekanan konsep daripada pemberian kepada

    pengupayaan (empowerment);

     

    1. ii) Penekanan kepada program-program kesedaran; dan

     

    iii) Fokus kepada kumpulan sasar yang tepat.

     

     

    Untuk makluman Yang Berhormat, buat masa ini semua Program IPR masih berjalan seperti  biasa dan tidak dimansuhkan malah sebaliknya dijajarkan bagi meneruskan pemberian bantuan Kerajaan Negeri secara lebih holistik yang tidak hanya menyajikan pemberian bantuan kebajikan dan simpati semata-mata tetapi memberi daya melalui pemerkasaan kepada penerima manfaat IPR Selangor.

     

    Selain daripada program IPR, terdapat pelbagai program sedia ada di bawah Kerajaan Negeri Selangor yang dapat membantu menjana pendapatan rakyat dalam sektor usahawan, pertanian dan juga pendidikan. Program-program penjanaan pendapatan rakyat ini adalah ditawarkan kepada pemohon yang layak dan memenuhi kriteria yang telah ditetapkan oleh setiap program bantuan tersebut.

  2. Bagaimanakah program seperti PWB boleh dipanjangkan juga kepada kaum bapa/belia dalam meningkatkan ekonomi keluarga?

    Untuk makluman Yang Berhormat Sungai Pelek, Program Pusat Wanita Berdaya Selangor terbahagi kepada dua (2) jenis iaitu, Program Kemahiran dan Program Pembangunan Kapasiti.

    Program kemahiran mengutamakan kaum wanita dalam memahirkan diri terhadap sesuatu kemahiran yang boleh menjana pendapatan. Contohnya, Seni kraftangan dan masakan

    Walau bagaimanapun, dalam membantu kaum bapa/belia menjana pendapatan dalam penglibatan dengan Program Wanita Berdaya Selangor, Jawatankuasa Tetap Pemberdayaan Wanita dan Keluarga menawarkan penyertaan mereka dalam Program Pembangunan Kapasiti. Berikut adalah modul-modul yang terdapat di dalam program pembangunan kapasiti:

    1. a) MODUL KEUSAHAWANAN
    2. Memberi pendedahan mengenai apakah itu keusahawanan dan motif seseorang menjadi usahawan
    3. Menyampaikan pengetahuan asas memulakan perniagaan yang merangkumi

    aspek berikut:

    • Tujuan perniagaan dan pemilikan perniagaan
    • Trend semasa dalam perniagaan
    • Organisasi perniagaan
    • Kertas kerja projek

     

    1. Memperkasakan peserta untuk menghadapi dunia keusahawanan dan perniagaan yang mencabar.

     

    1. b) MODUL ASAS PELABURAN
    2. Memberi pemahaman tentang kuasa pengkompaunan (power of compounding) dan bagaimana ia membantu mengumpul kekayaan melalui pelaburan
    3. Mengenalpasti jenis-jenis pelaburan dan membuat penilaian prestasi pelaburan
    4. Peserta mampu membezakan pelaburan sah dan tidak sah
    5. Kepentingan perancangan untuk ketidakpastian, perlunya perlindungan dan mengetahui jenis perlindungan yang berlainan
    6. Tip membeli insurans/polisi takaful untuk mengelakkan perlindungan yang tidak perlu, underinsured dan overpaying premium insurans dan untuk selaras dengan kemampuan sendiri.

     

    1. c) MODUL PENGURUSAN KEWANGAN PERIBADI DAN KELUARGA
    2. Memberi pengetahuan pengurusan kewangan yang merangkumi aspek berikut:
    • Pengurusan aliran tunai dan bajet
    • Kepentingan pelaburan
    • Asas meminjam
    • Pengurusan hutang

     

    Untuk makluman Yang Berhormat, untuk sesi 2019 ini, di peringkat PWB DUN telah pun menerima penglibatan daripada kaum bapa/belia bagi Modul Pengurusan Kewangan Peribadi dan Keluarga, Modul Pembangunan dan Keselamatan Keluarga, dan Modul Pendemokrasian dan Hak Rakyat. Pusat Wanita Berdaya mengalu-alukan penglibatan lebih ramai lagi kaum bapa/belia ke program-program pembangunan kapasiti ini.

Lampiran

Tiada Lampiran.