Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2019
29 Julai 2019 dan 31 Julai 2019
106) PERMIT KEGUNAAN HUTAN SIMPANAN KEKAL KUALA LANGAT SELATAN DI SUNGAI KELAMBU
Tahun: 2019
Sesi: 2
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah status pemberian permit kegunaan hutan simpanan kekal Kuala Langat Selatan di Sungai Kelambu untuk petani tanaman kontan?
Kertas Ringkasan Cadangan Kelulusan Pemberian Permit Penggunaan Melalui Program Pemutihan Ke Atas Kawasan Pencerobohan dan Penerokaan Secara Haram di Dalam Hutan Simpan Kuala Langat Selatan Melalui Pendekatan Kaedah dan Amalan Perhutanan Tani telah pun siap dan diangkat kepada Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) pada 29 Mei 2019. Keputusan mesyuarat memaklumkan bahawa kertas ringkasan ini perlu dibentangkan ke Majlis Tindakan Ekonomi Selangor (MTES) pada 18 Julai 2019 dengan mengambilkira kaedah pemantauan, kawalan dan penguatkuasaan. Ahli Mesyuarat MTES yang bersidang masih menangguhkan keputusan ke atas kertas ringkasan ini.