Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2019

29 Julai 2019 dan 31 Julai 2019

101) INISIATIF PEDULI RAKYAT

Tahun: 2019

Sesi: 2

Isu: Kebajikan

Adun: Y.B. Tuan Dr. Idris Bin Ahmad

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Harap jelaskan kepada Pusat Khidmat DUN-DUN samada inisiatif-inisiatif peduli rakyat masih kekal diberikan sehingga kini atau tidak

    Ramai dikalangan Ahli Dewan Negeri telah membangkitkan mengenai Inisiatif Peduli Rakyat (IPR) yang merupakan salah satu inisiatif Kerajaan Negeri untuk memastikan kebajikan rakyat sentiasa terbela serta memenuhi wawasan ‘shared prosperity’.

     

    Sukacita dimaklumkan di sini, program IPR adalah program jangka panjang kerajaan yang bertujuan untuk membantu rakyat dan seterusnya kerajaan akan berusaha untuk memberdayakan rakyat sebagai matlamat akhir kerajaan.

     

    Bagi tahun 2019, agenda pelaksanaan program-program IPR diteruskan secara lebih holistik dan tidak hanya menyajikan pemberian bantuan kebajikan dan simpati semata-mata tetapi memberi daya melalui pemerkasaan (empowerment) kepada para penerima manfaat IPR di Selangor.

     

    Oleh itu, sudah tiba masanya Negeri Selangor, mengorak langkah ke suatu paradigma yang baharu sejajar dengan cita-cita untuk menjamin kebajikan rakyat negeri berteraskan suatu upaya strategik dalam menguruskan sumber negeri yang terbatas.

     

    Selain itu, penjajaran IPR juga akan mengambil kira perkara seperti berikut:

     

    1. i) Penekanan konsep daripada pemberian kepada

    pengupayaan (empowerment);

     

    1. ii) Penekanan kepada program-program kesedaran; dan

     

    iii) Fokus kepada kumpulan sasar yang tepat.

     

    Kerajaan Negeri melalui Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) telah mengadakan Persidangan Pengendali Inisiatif Peduli Rakyat (IPR) pada Februari 2019. Hasil daripada persidangan tersebut, 43 Program IPR telah dicadangkan untuk dijajarkan kepada 3 kategori utama yang menjadikan jumlah program IPR terkini adalah sebanyak 33 program iaitu seperti berikut:

     

    1. i) Diteruskan seperti ada (merangkumi 18 Program IPR);
    2. ii) Diteruskan Dengan Penjajaran iaitu secara:
    3. a) Pindaan dari segi perubahan program, syarat kelayakan,

    mekanisme pelaksanaan, kuota penerima dan lain-lain

    pindaan (merangkumi 15 Program IPR); dan

    1. b) Kolaborasi dengan program IPR sedia ada (merangkumi 9

    Program IPR).

     

    (Keterangan lanjut seperti lampiran I)

  2. Sila juga memberi penjelasan apakah jenis inisiatif peduli rakyat yang telah dibatalkan dan yang telah dikurangkan?

    Untuk makluman Yang Berhormat, pada hakikatnya semua Program IPR masih diteruskan malah ditambahbaik bagi memastikan bantuan Kerajaan Negeri dilaksanakan secara lebih holistik dan tidak hanya menyajikan pemberian bantuan kebajikan dan simpati semata-mata tetapi memberi daya melalui pemerkasaan penerima manfaat IPR Selangor supaya mereka mampu berdikari dan kelak berupaya membantu orang lain pada masa hadapan.

     

    Untuk makluman Yang Berhormat, pihak UPEN telah mengadakan siri taklimat Penjajaran IPR kepada Y.B Exco, Backbenchers dan Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) seperti berikut:

     

    1. i) Taklimat Penjajaran prgoram IPR kepada Exco – Dilaksanakan

    pada 31 Mac hingga 2 April 2019;

    1. ii) Taklimat Penjajaran Skim Peduli Sihat (SPS), Kasih Ibu Smart

    Selangor (KISS) dan Skim Mesra Usia Emas (SMUE) kepada

    Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) dan Pejabat Tanah & Daerah

    – Dilaksanakan pada 23 Mei 2019; dan

    iii)        Taklimat Penjajaran Skim Air Percuma kepada Ahli Dewan

    Undangan Negeri (ADUN)  – Dilaksanakan pada 18 Julai 2019

     

    Selain itu, penjelasan turut juga diberikan melalui media massa dan kenyataan oleh Y.A.B Dato’ Menteri Besar Selangor serta Y.B Exco yang berkenaan.

  3. Sub-soalan telah di tolak

Lampiran

Tiada Lampiran.