Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2019
29 Julai 2019 dan 31 Julai 2019
100) PERANCANGAN BANDAR
Tahun: 2019
Sesi: 2
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Mohd Shaid Bin Rosli
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Mengapakah YB kawasan tidak dimaklumkan rancangan pembangunan dalam kawasan adun sendiri?
Bagi tujuan perancangan jangka panjang, Rancangan Pembangunan dibuat menerusi RTMDKS 2025 dan RTMDKS (Pengubahan1) 2025. Laporan tersebut dibuat mengikut Akta 172, Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976, dimana sebelum satu-satu Rancangan Pembangunan itu diwartakan, ia perlu melalui beberapa proses termasuklah seranta awal dan publisiti draf laporan.
Bagi RTMDKS (Pengubhan 1) 2025, publisiti awal telah dibuat pada 1 Oktober 2016-15 November 2016. Manakala, Publisiti Draf Laporan RTMDKS (Pengubahan 1) 2025 diadakan pada 24 Oktober hingga 13 November 2017.
Antara medium yang digunapakai untuk tujuan pemakluman program publisiti dan penyertaan awam adalah seperti berikut:
- Notis Akhbar
Notis akhbar berkenaan program publisiti dan penyertaan Awam Draf Rancangan Tempatan Majlis Daerah Kuala Selangor telah disiarkan sebanyak tiga kali keluaran dengan menggunakan duan akhbar tempatan mengikut tarikh berikut:
Keluaran Akhbar Sinar Harian Akhbar The Star Pertama 01.02.2018 01.02.2018 Kedua 09.02.2018 09.02.2018 Ketiga 21.2.2018 21.2.2018 - Pemasangan kain rentang
- Laman sesawang MDKS
- Kaunter pameran di MDKS dan PlanMlaysia@Selangor