Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2019

29 Julai 2019 dan 31 Julai 2019

92) PREMIS MAKANAN

Tahun: 2019

Sesi: 2

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Puan Michelle Ng Mei Sze

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Sila nyatakan bilangan kes penguatkuasaan atas premis makan yang kotor dan yang membuang sisa-sisa makan ke dalam longkang untuk setiap Majlis.

    Jumlah kompaun yang dikenakan bagi kes premis makanan yang kotor dan yang membuang sisa-sisa makanan ke dalam longkang oleh PBT Negeri Selangor sehingga Jun 2019 adalah sebanyak 2297 kompaun di bawah Undang-Undang Kecil Pelesenan Establisyemen Makanan Tahun 2007. Manakala jumlah tindakan penutupan premis oleh PBT adalah sebanyak 237 premis. Perincian mengikut PBT adalah seperti berikut:-

    Bil. PBT Bilangan Tindakan Kompaun

    Premis Kotor

    Bilangan Tindakan Kompaun Membuang Sisa Ke Longkang Tindakan Premis Makanan Ditutup
    1 MPKj 1006 70
    2 MBPJ 658 47 89
    3 MBSA 181 32 34
    4 MPK 102 17
    5 MPSJ 83 22
    6 MDKS 30
    7 MDKL 28 17
    8 MPS 21
    9 MDHS 10 34
    10 MDSB 6
    11 MPAJ 0 37
    12 MPSp 5 5
    Jumlah 2130 167 237
      2,297 237

                *Sumber: Semua PBT Negeri Selangor

  2. Apakah langkah-langkah yang boleh diambil untuk menambah baik usaha penguatkuasaan bagi mengatasi masalah ini?

    Langkah-langkah yang diambil bagi mengatasi masalah kebersihan premis makanan dan larangan membuang sisa ke longkang oleh PBT adalah:-

     

    • Jabatan Pelesenan akan mendapatkan ulasan jabatan berkaitan seperti Jabatan Kesihatan PBT terlebih dahulu bagi mendapatkan status Notis atau Kompaun yang pernah dikeluarkan. Pihak Jabatan tidak akan menyokong lesen untuk diluluskan oleh Jabatan Pelesenan sekiranya mempunyai rekod;

     

    • Jabatan Pelesenan juga meletakkan syarat pemasangan alat perangkap minyak dan lemak (oil & grease trap) yang mencukupi ke dalam permohonan lesen premis makanan;

     

    • Pemilik premis makanan yang telah mempuyai lesen perniagaan akan dipantau oleh bahagian penguatkuasaan PBT seperti Jabatan Kesihatan dari masa ke semasa bagi memastikan pengusaha premis sentiasa menjaga kebersihan serta tidak membuang sisa ke longkang. Pengusaha premis yang melanggar syarat kebersihan akan dikenakan Notis Amaran dan sekiranya mengulangi kesalahan akan dikenakan tindakan kompaun di bawah Seksyen 19(1)(a) atau 19(1)(d), Undang-Undang Kecil Pelesenan Establisymen Makanan 2007.

     

    • Selain itu, PBT juga melaksanakan sistem pengredan premis makanan bagi menentukan markah tahap kebersihan. Tindakan penguatkuasaan akan dikenakan kepada pengusaha yang gagal membuat permohonan pemeriksaan audit semula. Tujuan penggredan ini adalah untuk memberi kesedaran dan meningkatkan pengetahuan kepada pengusaha premis supaya sentiasa bersih dan sentiasa mengamalkan amalan pengendalian makanan bersih dan selamat dan mematuhi piawaian PBT masing-masing.

Lampiran

Tiada Lampiran.