Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2019
29 Julai 2019 dan 31 Julai 2019
82) UNDANG-UNDANG KECIL PBT
Tahun: 2019
Sesi: 2
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Syamsul Firdaus Bin Mohamed Supri
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Adakah terdapat sebarang undang-undang atau peraturan yang mengekang aktiviti dan operasi perniagaan oleh warganegara asing di dalam Negeri Selangor?
Setakat ini, tiada sebarang undang-undang atau peraturan yang spesifik bagi mengekang aktiviti dan operasi perniagaan oleh warganegara asing. Walau bagaimanapun Jabatan Pelesenan, PBT Negeri Selangor telah mensyaratkan lesen perniagaan tidak diberikan kepada bukan warganegara Malaysia.
-
Adakah terdapat sebarang penambahbaikan terhadap undang-undang atau peraturan tersebut jika ianya ada?
Buat masa ini, tiada sebarang penambahbaikan terhadap undang-undang atau peraturan yang khusus kerana ia adalah terletak di bawah peraturan Jabatan Imigresen. Justeru itu, kuasa PBT dalam menangani warga asing adalah terhad.
-
Adakah penguatkuasaan terhadap warganegara asing oleh PBT itu berhasil?
Berdasarkan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) ke 5/2019 bertarikh 20 Februari 2019 telah bersetuju agar isu penyalahgunaan lesen peniaga oleh bukan warganegara yang menjalankan perniagaan di premis perniagaan tempatan diberikan perhatian serius. Disamping itu juga , Pihak Berkuasa Tempatan juga menjalankan operasi bersepadu bersama dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM), Jabatan Imegresen dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna Negeri Selangor (KPDNHEP) dalam mengatasi isu ini.