Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2019
29 Julai 2019 dan 31 Julai 2019
36) UNIVERSITI SELANGOR (UNISEL)
Tahun: 2019
Sesi: 2
Isu: Pendidikan
Adun: Y.B. Tuan Syamsul Firdaus Bin Mohamed Supri
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Adakah Kerajaan Negeri serius untuk memartabatkan status UNISEL?
Kerajaan Negeri Selangor sentiasa berusaha untuk membantu meningkatkan kualiti Pendidikan di Negeri Selangor khususnya ke arah memartabatkan institusi pendidikan di bawah kerajaan negeri seperti UNISEL. Melihat kepada keseriusan itu dari tahun 2016 hingga kini sejumlah RM40 juta telah diperuntukan untuk pembangunan infrastruktur UNISEL bagi memastikan kemudahan fasiliti yang lebih baik dan kondusif dapat disediakan. Selain itu, turut diberikan ialah dalam bentuk penajaan dan pembiayaan pendidikan untuk pelajar-pelajar yang bekelayakan yang menuntut di UNISEL oleh Kerajaan Negeri Selangor bagi menggalakan lepasan sekolah untuk melanjut pengajian di UNISEL.
Melalui aspek pembangunan mahasiswa kerajaan negeri sentiasa berkerjasama dengan UNISEL dalam melaksanakan program-program pemantapan mahasiswa dari aspek pendidikan, kepimpinan dan modal insan bagi meningkatkan keboleh pasaran mahasiswa. Dengan kerjasama yang erat ini kerajaan negeri berharap ia menjadi satu sinergi untuk memartabatkan UNISEL Selangor di peringkat nasional dan antarabangsa.
-
Berapakah peruntukan yang diberikan kepada UNISEL bagi operasinya dalam 5 tahun terakhir ini?
-
Adakah UNISEL membuka ruang kepada sektor korporat bagi memberikan sumbangan dalam bentuk dana pembiayaan kepada operasinya sebagai CSR?
Ya, UNISEL sangat mengalu-alukan sebarang bentuk sumbangan daripada sektor korporat dalam menjalankan sebarang aktiviti CSR secara kerjasama dua pihak. Berikut adalah di antara program yang mendapat sumbangan sektor korporat:
- Hari Keluarga UNISEL
- Program Penghijauan UNISEL
- Istiadat Konvokesyen UNISEL kemaskini
- Hari Terbuka UNISEL
- Khidmat Bakti Siswa UNISEL
- Sukan MASISWA
- Gotong Royong Perdana UNISEL
- Laluan Berbumbung Pelajar Dari Asrama Ke Masjid UNISEL – kampus Bestari Jaya
- Program Kesedaran Halal & Prospek Kerjaya.
Untuk makluman, Universiti Selangor telah melancarkan Projek UNISEL Cakna dan telah digerakkan sebagai University Social Responsibility (USR) kepada komuniti sejak akhir tahun 2015. Tahun 2016 dan 2017, MBI Selangor telah menyalurkan peruntukan RM600,000.00 pada tahun 2016 dan RM1,000,000.00 pada tahun 2017.
Bagi tahun 2018 dan 2019 kebanyakan program USR adalah di kalangan persatuan pelajar dan di bawah subjek Pengajian Umum iaitu khidmat masyarakat. Program memberi fokus kepada gotong royong, alam sekitar, khidmat pendidikan, OKU, pemberdayaan wanita, pengukuhan skil & bahasa serta bakti siswa dengan kerjasama kampung, pusat khidmat masyarakat, NGO, dan agensi kerajaan. Pihak UNISEL hanya memberikan peruntukan seed fund (money) bagi menampung kos operasi asas di kalangan pelajar selebihnya adalah berdasarkan tajaan daripada pihak luar. UNISEL sangat mengalu-alukan bentuk dana pembiayaan daripada sektor korporat bagi melaksanakan CSR selain itu ianya akan menjadi nilai tambah kepada pembentukan karakter pelajar dan nilai mata dalam ranking SETARA.
Di samping itu pembiayaian mengurus UNISEL makin bertambah dan membebankan. Pembiayaian daripada kerajaan negeri adalah terhad. UNISEL digalakkan untuk bekerjasama dengan sektor korporat dalam usaha untuk menambah pendapatannya. Kerajaan negeri dan MBI tiada menghalang UNISEL dari bekerjasama dengan sektor korporat dan kerajaan negeri menggalakkan sektor korporat untuk membantu UNISEL dalam perkara ini.